Raja Petra wajar dedah nama taikun beri wang kepada Anwar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Raja Petra wajar dedah nama taikun beri wang kepada Anwar

Blogger pelarian, Raja Petra Kamarudin membuat hantaran di ‘X’ dengan kapsyen “Anwar Ibrahim terdesak. Dia sudah hilang majoriti di Parlimen. Dua tycoon Cina telah beri Anwar RM600 juta untuk beli MP yang akan lari menyokong pembangkang”.

Namun demikian, Raja Petra tidak menamakan taikun tersebut seperti lazim yang beliau lakukan setiap kali ada pendedahan baru.

Serangan Raja Petra nampaknya selari dengan serangan dari Perikatan Nasional dan beberapa individu lain yang dikenali sebagai penyokong Tun Mahathir.

Sebagai seorang penyokong tegar PAS, Raja Petra tidak boleh berbohong kepada pembaca serta pengikutnya. Pembohongan adalah sesuatu yang dilarang dalam ‘anutan’ PAS kerana hanya pemimpin PAS sahaja boleh berbuat demikian demi kemashlahatan politik.

Raja Petra wajar dedah nama taikun beri wang kepada Anwar

Semua tahu Raja Petra yang hidup sebagai pelarian akan membuat naratif politik mengikut ‘Pay Master’ dan  tidak konsisten dalam prinsip politik. Beliau ‘hidup’ atas ehsan politik serta bayaran tertentu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Sejak kewujudan Kerajaan Perpaduan, Raja Petra memberi fokus menyerang Anwar Ibrahim, Zahid Hamidi dengan pelbagai naratif.

Raja Petra patut dicabar untuk membuktikan dakwaan beliau mengenai pembayaran sebanyak RM600 juta. Beliau juga perlu menamakan siapakah penerima dari peruntukan RM600 juta tersebut.

Anwar juga perlu menjawap dakwaan Raja Petra sekiranya beliau tidak menerima wang seperti didakwa. Rakyat memerhati dan menilai untuk dipertimbangkan pada PRU16 kelak.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker