Terlibat aktiviti ketenteraan di Laut China Selatan, AS senarai hitam 24 syarikat China

WASHINGTON, 27 Ogos — Amerika Syarikat (AS) menyenarai hitam 24 syarikat China kerana didakwa mempunyai kaitan dengan membina aktiviti ketenteraan di pulau buatan di Laut China Selatan, kata Jabatan Perdagangan AS dalam kenyataan media pada Rabu, lapor agensi berita Sputnik.

“Walaupun terdapat protes dari AS dan negara-negara lain, sejak 2013 kerajaan China terus membangunkan pulau-pulau buatan, membolehkan pententeraan Parti Komunis China di Laut China Selatan untuk mengganggu hak kedaulatan rakan AS di rantau ini. ”

Sementara itu, Setiausaha Negara Mike Pompeo dalam satu kenyataan media berasingan berkata AS akan mula mengenakan sekatan visa kepada pegawai China yang terlibat dalam aktiviti ketenteraan di pulau buatan berkenaan.

Antara entiti yang disenarai hitam itu ialah beberapa anak syarikat China Communications Construction, China Electronics Technology Group Corporation, 30th Research Institute (CETC-30), China Shipbuilding Group, 722nd Research Institute dan Wuhan Mailite Communication Co. Ltd.

Jabatan Perdagangan mengatakan China sudah membina lebih 3,000 ekar di tujuh kawasan di Laut China Selatan sejak 2013, yang dilengkapi dengan ciri-ciri pertahanan udara dan peluru berpandu antikapal.

— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker