PERANG ANTARA PH vs Ex-PH BERMULA

SETIAUSAHA AGUNG DAP DEDAH PENGELIRUAN AZMIN

Setiauasaha Agung DAP Lim Guan Eng mendedahkan kenyataan Menteri Kanan Azmin Ali di sidang Dewan Rakyat merupakan kenyataan yang mengelirukan semua pihak. Guan Eng berkata demikian dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP pagi ini.

Lim Guan Eng bertindak merujuk Azmin Ali kepada peraturan majlis mesyuarat Dewan Rakyat Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan dewan. Guan Eng merujuk kepada kenyataan Azmin mengenai ratifikasi CTPP yang dipersetujui kabinet Pakatan Harapan pada 5 September 2018. Bagaimanapun pada 29 November 2018, ratifikasi tersebut tidak dipersetujui kabinet. Azmin pula ketika menjawap Speaker dalam kertas hanya mewakilkan KSU menurut Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan turut mendedahkan soalan Azmin tidak menjawap soalan beliau sebaliknya Ketua Setiausaha Kementerian yang menjawap bagi pihak Azmin. Lim turut mendedahkan ketika Azmin menjadi Menteri Ekonomi (PH) telah meminta peruntukan untuk kementeriannya.

Tindakan Setiausaha Agung DAP tersebut adalah susulan pendedahan Menteri Kewangan dalam sidang dewan. Tengku Zafrul mendedahkan Pakatan Harapan dan Menteri Kewangan pada masa itu meluluskan projek secara runding terus bernilai RM6.6 billion.

Beliau juga hairan bagaimana Azmin boleh menafikan kelulusan bagi projek Runding Terus dibawa ke kabinet. Beliau pelik adakah Azmin (PH) samada beliau tidur atau sibuk mengatur ‘Langkah Sheraton’ ketika berada dalam kabinet Pakatan Harapan.

Kini perang besar bakal berlaku antara bekas Menteri PH dan mereka yang Guan Eng gelar sebagai Menteri Pengkhianat. Turut dikritik Guan Eng dalam sidang tersebut ialah Zuraida Kamaruddin dimana KPKT menerima sejumlah RM170 juta nilai projek tetapi tidak mengetahuinya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker