Remaja maut langgar kerbau melintas

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut langgar kerbau melintas
Muhammad Dinie Izzat meninggal dunia selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang, Kampung Lawer, Langkawi malam tadi.

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor kerbau di Jalan Kuala Teriang berdekatan dengan Kg. Lawer, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.08 malam itu, mangsa, Muhammad Dinie Izzat Mohd Shukor, 19, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Balai Trafik Langkawi menerima maklumat kemalangan maut melibatkan motosikal jenis Modenas Kriss yang melanggar haiwan dipercayai kerbau.

“Hasil siasatan yang dijalankan, kemalangan berpunca daripada kerbau melintas jalan dan mangsa tidak sempat untuk membrek. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM), di sini untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker