YB ZAIDI AZIZ SAH MENANG PRK SLIM

Hebahkan !!!

BN KEKAL REKOD TANPA KALAH 7 PRK

Keputusan rasmi yang dikeluarkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya mengesahkan kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti 10,945 mengatasi 2 lagi calon bebas yang turut bertanding.

Dengan memperolehi undi sebanyak 13,060 Zaidi meninggalkan calon bebas (Pokok) yang mendapat 2,115 undi dan seorang lagi calon bebas (Buku) yang hanya mendapat 276 undi.

Peratusan keluar mengundi dicatatkan sebanyak 68.40% dalam Prk Slim. Ini adalah kemenangan ke – 7 berturut Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil sejak Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan Chini.

 

Leave a Reply

%d bloggers like this: