Ten Hag ‘sudah bosan’ kerenah Ronaldo

LONDON: Erik Ten Hag mahu masalah Cristiano Ronaldo diselesaikan sekarang selepas menerima kenyataan bahawa Manchester United akan lebih baik tanpa penyerang itu.

Dan United juga sudah mengalah bagi mendapatkan pemain tengah Juventus, Adrien Rabiot.

Usaha Ronaldo untuk keluar dari kelab memberi ancaman buat Red Devils yang memulakan musim dengan teruk.

Ten Hag kini bersedia menunaikan hasrat penyerang itu untuk meninggalkan kelab selepas mencetuskan masalah sepanjang musim panas.

Namun pemain berusia 37 tahun itu kurang mendapat tawaran daripada pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara berbaki dua minggu lagi sebelum jendela perpindahan ditutup.

SunSport sebelum ini mendedahkan bahawa ramai pemain sudah berang dengan cara Ronaldo cuba keluar dari kelab berkenaan.

Mereka mendakwa ia boleh mendatangkan kesan terhadap semangat berpasukan.

Ten Hag juga membidas pemain itu kerana tidak menyertai pramusim yang disifatkannya ‘tidak boleh diterima’.

Pengurus itu bagaimanapun masih percaya Ronaldo boleh berubah dan meletakkannya sebagai kesebelasan utama berdepan Brentford dalam usaha mencari kejayaan yang boleh meningkatkan moral.

Bagaimanapun ia berakhir dengan cara memalukan, tewas 4-0 dan Ronaldo serta pengendali dari Belanda itu masing-masing tidak memperdulikan antara satu sama lain selepas tamat perlawanan.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker