SETIAUSAHA AGUNG DAP ‘SERANG’ ISMAIL SABRI, LUPA ANAKNYA SENDIRI TERIMA JAWATAN LANTIKAN MASA PH BERKUASA

DAP CUBA KAITKAN MENTERI KANAN DENGAN KRONISME

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat Dato Seri Ismail Sabri berkaitan penularan sepucuk surat daripada Timbalan Menteri. Antara kandungan surat tersebut, Timbalan Menteri telah meminta sokongan daripada Menteri Pertahanan menyokong agar anak beliau (Timbalan Menteri) dilantik sebagai salah seorang Pengarah dalam Pharmaniaga.

Bagaimanapun anak Timbalan Menteri tersebut tidak dilantik dalam senarai Lembaga Pengarah oleh syarikat berkenaan. Dalam surat itu, Ismail hanya bersetuju tanpa meminta, memerintah atau mewajibkan pelantikan tersebut. Surat tersebut kemudiannya ditarik balik oleh Timbalan Menteri berkenaan.

Artikel rujukan – https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157530056752031&id=133955637030



Ismail Sabri semasa menjawap mengenai perkara itu menyatakan beliau mengambil kira perkara berbangkit (kronisme dan nepotisme) semasa memberi persetujuan dalam surat berkenaan. Beliau menjelaskan tidak membuat susulan terhadap persetujuan tersebut dan menyerahkan kepada pihak syarikat berkenaan untuk mempertimbangkan kelayakan anak timbalan menteri itu. Syarikat tersebut tidak melantik anak timbalan menteri sebagai salah seorang lembaga pengarah mereka.

Lim Guan Eng mungkin lupa bagaimana salah seorang anaknya turut menerima jawatan lantikan semasa Pakatan Harapan memerintah. Bagaimana ia berlaku jika tiada sebarang campurtangan melantik anak beliau? Menyebut mengenai nepotisme dan kronisme, Guan Eng sepatutnya mencermin diri kerana berapa ramai lantikan Pakatan Harapan dalam jawatan tertentu mempunyai hubungkait pertalian dengan pemimpin PH itu sendiri. Bagaimana pula dengan tuduhan terhadapnya di Mahkamah sebelum menjadi Menteri Kewangan Pakatan Harapan? Bukankah ia digugurkan dan SPRM sendiri terkejut dengan penguguran tersebut?

Rujukan artikel – RM6.6 Billion Direct Nego PH

Serangan bertalu dari Setiausaha Agung DAP dipercayai untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu 101 projek runding terus yang diluluskan Lim Guan Eng sebagaimana didedahkan Menteri Kewangan dalam sidang parlimen baru-baru ini. Malah beliau juga cuba menegak benang basah kerana menghadapi tuduhan di Mahakamah dalam isu Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.



Dalam pada itu satu komen semasa siaran langsung sidang media DAP dari netizen cuba memburukkan imej SPRM apabila menyatakan SPRM sendiri menerima rasuah.

Artikel berkaitan – https://my-tv.online/2020/08/28/bekas-menteri-mof-ph-terciduk-isu-direct-nego-kpkt/

Guan Eng tidak berani menjawap mengenai pendedahan Zuraida Kamaruddin (Menteri KPKT Perikatan Nasional) mengenai 2 projek KPKT yang beliau (Lim Guan Eng) luluskan. Dalam pendedahan tersebut, ternyata Menteri Kewangan (Guan Eng) sendiri meluluskan projek berkenaan tanpa pengetahuan Menteri KPKT Pakatan Harapan. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker