Muhyiddin digesa gugurkan Khairuddin dari Kabinet – Haniff Khatri Abdullah

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menggugurkan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi mempertahankan prinsip tanggungjawab dan kebertanggungjawaban dalam pentadbirannya.

Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata, sekiranya tindakan itu tidak dilakukan akan memperlihatkan kenyataan Muhyiddin bahawa tiada sesiapa terkecuali daripada undang-undang sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ dan memberi isyarat buruk kepada rakyat.

“Muhyiddin juga semalam bercakap mengenai tanggungjawab dan kebertanggungjawaban dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

 “Justeru, apabila Khairuddin sendiri mengingkari undang-undang dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Muhyiddin sendiri, secara khususnya keperluan kuarantin kendiri yang mulai berkuatkuasa pada 10 Jun 2020, maka wajib dan wajar untuk Muhyiddin menggugurkan Khairuddin daripada jemaah menteri tanpa syarat dan dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus didapati gagal melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari Turki apabila tiba di negara ini pada 7 Julai dan hadir di Dewan Rakyat kurang seminggu kemudian.

Khairuddin kemudian mengakui kesalahan tersebut dan menawarkan gajinya sebagai menteri selama empat bulan untuk disumbangkan kepada tabung koronavirus (Covid-19), malah turut dikompaun maksimum RM1,000.

Dalam pada itu, Khairuddin turut dikatakan mengetepikan gesaan sesetengah pihak agar beliau meletakkan jawatan dengan alasan tidak melakukan sebarang kesilapan, sebaliknya hanya khilaf dalam isu prosedur operasi standard (SOP).

Artikel Penuh : 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker