SPRM mula siasat pencerobohan tanah di Raub

LANGKAH awal sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, antara tindakan itu termasuk pertemuan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mengetahui kedudukan sebenar sebelum pihaknya mengambil tindakan lanjut.

“Saya juga telah mengarahkan SPRM Pahang untuk melihat sebarang kerjasama yang boleh dibuat dengan pihak penguat kuasa yang terlibat dalam isu ini,” katanya selepas merasmikan Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Melaka, hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Pahang mula bertindak tegas dalam menangani kegiatan pekebun durian di Raub yang diusahakan secara haram di atas tanah kerajaan negeri.

Tindakan diambil susulan kerugian ditanggung kerajaan negeri yang mencecah RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah di situ termasuk di kawasan hutan simpan.



Antara lokasi diceroboh ialah Hutan Simpan Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit dan Tranum serta Tras.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker