Dr M dakwa berlaku rasuah pada PRK DUN Slim

Sudah pasti ramai yang ketawa terbahak bahak apabila  membaca Tun Mahathir bercakap mengenai rasuah. Ini adalah kerana rakyat Malaysia kini sudah mengenali siapakah yang sebenarnya pemberi rasuah. Selama ini mungkin rakyat Malaysia banyak yang tertipu dengan katakatan beliau. Setelah jatuhnya kerajaan PH, rakyat sudah menilai sepenuhnya siapakah Mahathir bin Mohamad.

Dr M dakwa berlaku rasuah pada PRK DUN Slim

PUTRAJAYA: Bekas pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad mendakwa berlaku rasuah pada pilihan raya kecil DUN Slim, serta ada gambar berkaitan.



Beliau mendakwa rasuah diberi kepada pengundi dalam usaha memujuk mereka mengundi calon tertentu.

“Kita tahu banyak mana duit yang digunakan. Kita tahu mereka bawa pengundi menaiki van, di dalam van berkenaan itu diberikan duit.

“Kita tahu, mereka ambil gambar dan selepas undian dibuat, mereka tunjukkan jari bahawa sudah mengundi dan tunjukkan kepada orang BN, wang selebihnya akan diberikan.

“Inilah yang diberitahu kepada kami. Ada gambar,” katanya pada sidang media, hari ini.



FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button