Kereta terputus dua, lelaki maut

SEORANG lelaki maut manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki terputus dua dalam kemalangan di Jalan Indah 29/7, Taman Bukit Indah, Skudai, Johor Bahru, malam tadi.

Kemalangan pada 11.56 malam itu berlaku apabila kereta Proton Satria dinaiki terbabas dari laluan tengah ke bahu kiri jalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamad Riduan Akhyar berkata, seramai 14 anggota dengan sebuah jenteraΒ Fire Rescue TeamΒ (FRT) serta sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, lelaki yang maut masih belum dikenal pasti identitinya, manakala dua yang parah ialah K Hem Raj, 23, dan Daniel Joy, 22.

“Mangsa yang cedera diselamatkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.



Katanya, operasi tamat 12.46 tengah malam.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker