Kumin KU2 Meninggal Dunia

BEKAS anggota kumpulan KU2, Kumin, 49, meninggal dunia di rumahnya di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Kuala Lumpur, hari ini.

Berita kematian Kumin atau nama sebenarnya Khuzami Ismail disahkan rakan baiknya yang juga pelakon, Yank Kassim.

Yank ketika dihubungi berkata, dia dihubungi isteri Kumin kira-kira 12 tengah hari memaklumkan berita sedih itu.



“Isterinya keluar membeli makanan. Bagaimanapun, apabila kembali ke rumah dia mendapati Kumin berada di atas lantai di tepi katil. Kebiasaannya Kumin akan berada di atas katil tapi kali ini kedudukannya di atas lantai. Tak pasti sama ada dia terjatuh atau ada perkara lain. Apabila didekati Kumin sudah tidak bernyawa,” katanya kepada Harian Metro.

Yank berkata, dia tidak tahu apa punca kematian Kumin. Ini kerana Kumin sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital sebelum ini, cuma dia tidak boleh berjalan kerana masih lemah.

Pada 31 Julai lalu, Kumin dimasukkan ke Hospital Ampang akibat angin pasang dan air berlebihan dalam badan dan dibenarkan keluar pada 7 Ogos.

Hmetro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button