Membunuh sebab bosan

KAHERAH: Akibat bosan dengan isterinya, seorang lelaki di Mesir tergamak memukul kepala isterinya dengan tukul hingga mati.

Gulf News melaporkan, warganegara Guyana itu membunuh isterinya di rumah mereka di Siwa, wilayah Matrouh, pada malam Jumaat.

Siasatan dilakukan Mahmoud Abdel Azim, peguam negara Marsa Matrouh yang mengesahkan tertuduh memutus dan merancang membunuh isterinya pada malam Jumaat supaya ramai orang menunaikan solat jenazah untuk si mati.

Lelaki berusia 51 tahun itu dilaporkan mengaku membunuh isterinya, Ghalya, 42, dengan memukul kepala wanita itu dengan tukul ketika tidur.



Tertuduh melakukan jenayah itu pada minggu lalu akibat bosan dengan isterinya.

Perbuatan jenayah itu terbongkar selepas sekumpulan wanita di bandar Siwa menemui kesan darah di kepala mangsa ketika mahu memandikan jenazah sebelum memanggil pasukan perubatan untuk membuat pemeriksaan.

Kejadian dilaporkan doktor kepada polis.

Siasatan diketuai Ketua Siasatan Jabatan Polis Siwa, Major Mohamed Abdel Qader merumuskan kematian si mati didalangi suaminya sendiri, manakala Β laporan perubatan menunjukkan terdapat jenayah mencurigakan di sebalik kematian wanita itu.



Agensi Via Hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker