Pemandu e-hailing didakwa bunuh anak teman wanita

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana disyaki mendera anak teman wanitanya sehingga mati.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, B Jeetend Raj, 26, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, kira-kira jam 11.45 malam pada 21 Ogos lalu, tertuduh didapati membunuh seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini.

Oleh demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak dua tahun maut dipercayai didera teman lelaki ibu

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Pendakwa Raya, P Vithya Monisha tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh sebutan bagi penyerahan laporan bedah siasat dan kimia.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, lelaki berkenaan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini apabila berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kecederaan di kepala.

Artikel Penuh : 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker