Rakyat 9 Negara Diharamkan Masuk ke Malaysia

WHO jangka kes COVID-19 Malaysia memuncak pertengahan April | Nasional | Berita Harian

Putrajaya: Kerajaan tidak membenarkan rakyat dari negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000 untuk masuk ke Malaysia bermula Isnin hadapan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara negara dalam senarai sekatan itu adalah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Rusia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan Selasa lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina.

“Kita akan tambah lagi (senarai negara) yang dianggap berisiko tinggi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kempen Pembudayaan Norma Baharu, di Putrajaya tadi.



“Kecuali jika kes membabitkan kecemasan atau urusan berkaitan hubungan dua negara. Bagaimanapun, ia perlu mendapat kebenaran Jabatan Imigresen,” katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan lebih lanjut mengenai senarai negara yang merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 150,000.

Selasa lalu, Ismail Sabri mengumumkan sekatan kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina ke Malaysia bermula 7 September ini berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara berkenaan.

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.



Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan tiada halangan untuk membenarkan rakyat Malaysia dari negara berisiko tinggi untuk pulang namun mereka tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu kuarantin wajib 14 hari.

Mengenai Kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ismail Sabri berkata ia akan dilaksanakan sehingga 31 Disember ini bagi memastikan masyarakat terus mematuhi SOP yang telah digariskan bagi memerangi Covid-19.

Katanya, pelbagai kempen di pusat beli-belah, media sosial dan media cetak akan dibuat bagi memastikan tahap kepatuhan SOP berada di tahap tertinggi



“Sekarang kepatuhan SOP tinggi kerana adanya Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan polis boleh lakukan penguatkuasaan.

“Kita mahukan rakyat terus melakukan kawalan kendiri seperti pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dan terus amalkan penjarakan fizikal,” katanya.

sumber



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button