Srikandi hantar 10 nama wanita calon PRN Sabah

SRIKANDI BERSATU KE TANJUNG PIAI BERI PENERANGAN – JohorKini

TAWAU – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Harun berkata, senarai itu sudah dihantar kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diputuskan.

“Saya telah hantar nama-nama calon wanita ini dan kita mahu calon daripada sayap wanita bertanding pada PRN Sabah ini.

“Keputusannya kita tunggu Presiden parti (Muhyiddin) mengumumkannya, saya tidak boleh mendahului Presiden saya,” katanya.



Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam sempena program Sentuhan Kasih Srikandi Bersatu di sini, malam tadi.

Menurut Rina, setakat ini rundingan antara parti dengan rakan sekutu bagi agihan kerusi masih dijalankan dan belum diketahui jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi Bersatu.

“Cuma saya harapkan sebagai sebuah parti yang begitu prihatin kepada rakyat dan wanita, saya yakin akan ada calon wanita nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Rina berkata, jentera Srikandi Sabah di bawah pimpinan Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun sudah bersiap sedia menghadapi PRN kali ini.



Katanya, sayap wanita itu sudah mula mendekati pengundi di Sabah sejak awal penubuhan parti itu dan momentum itu akan diteruskan pada PRN hujung bulan ini. –

Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker