Zuraida Di CabarTunjuk Surat Runding Terus Berkaitan Guan Eng

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng hari ini mendesak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin supaya mendedahkan dokumen mengenai 2 projek rundingan terus yang membabitkan kementeriannya.

Ia susulan kenyataan Zuraida semalam bahawa beliau sedia menyerahkan dokumen berhubung surat daripada ketua setiausaha kementeriannya kepada Kementerian Kewangan mengenai kelulusan projek rundingan terus sisa pepejal bernilai RM170.3 juta.

Zuraida berkata, beliau tidak maklum mengenai kedua-dua projek itu dan mendakwa rundingan terus bagi projek sisa pepejal berkenaan dibuat secara langsung oleh Lim selaku menteri kewangan ketika itu.

Lim bagaimanapun menolak dakwaan itu dalam satu kenyataan hari ini selain berkata, tidak mungkin projek sebesar itu diluluskan tanpa pengetahuan Zuraida.

“Beliau tidak boleh berselindung di belakang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak mendedahkan surat berkaitan projek sisa pepejal Taman Beringin atau PSPTB bernilai RM170.3 juta itu,” katanya.

Lim berkata, sekiranya terdapat surat arahan daripada beliau, maka Zuraida sudah tentu akan mendedahkannya jauh lebih awal.

“Demi kebenaran dan ketelusan, dedahkan semua surat daripada saya, Zuraida sendiri, ketua setiausaha Perbendaharaan danketua setiausaha KPKT.

“Zuraida tidak harus mendakwa bahawa ada surat sedemikian, tetapi tidak berani mendedahkan surat berkenaan secara umum,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), dengan KPKT menganugerahkan 2 projek iaitu projek sisa pepejal bernilai RM170.3 j

FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *