Tahukah anda Sindrom Bangunan Sakit Di Kediaman Anda?

Tahukah anda apakah itu sindrom bangunan sakit, Sindrom bangunan tidak sihat adalah suatu situasi di mana individu di dalam sesebuah bangunan mengalami kemerosotan tahap kesihatan dan keselesaan yang kronik. Ia amat berkait dengan tempoh masa seseorang itu berada di dalam bangunan tersebut. Semakin lama seseorang itu berada di dalam sebuah bangunan yang mempunyai sindrom bangunan tidak sihat, semakin tidak sihatlah dia.

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti pening kepala, pedih mata, lesu, sesak nafas, kulit menjadi gatal, apabila memasuki dan berada dalam sesebuah bangunan, sedangkan anda tidak mengalami apa-apa sakit pada masa itu.  Yang peliknya, anda akan kembali sihat seperti biasa beberapa jam atau selepas beredar daripada bangunan tersebut.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008) menjelaskan Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Kajian menunjukkan Poor Indoor Environmental Quality (IEQ) adalah penyumbang kepada SBS. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor lain yang menyumbang kepada SBS:

  • Bahan binaan bangunan.
    Bahan tersebut membenarkan mikroorganisma bercambah di dalamnya. Bahan tersebut juga melepaskan wap kimia yang menjadi punca iritasi kepada penghuni.
  • Sanitasi yang buruk.
  • Ozon (dihasilkan daripada mesin fotostat), pelarut organik dan formaldehyde di udara.
  • Perkakasan atau produk yang digunakan atau diletakkan berdekatan bangunan yang mengeluarkan wasap atau gas menyebabkan dermatitis sentuhan.
  • Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara sempurna, pengudaraan yang tidak baik (karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul di dalam bangunan).
  • Pencemaran dari luar atau dalam bangunan yang disebarkan oleh sistem penyaman udara.
  • Kulapuk, bacteria, kulat, dust mites dalam bangunan.
  • Penyelenggaraan, pembersihan bangunan yang tidak teratur menyebabkan habuk fiber berkumpul.
  • Pencahayaan dalam bangunan yang tidak mencukupi.
  • Hurungan vermin (tikus, lipas, serangga lain)
  • Faktor persekitaran (karbon monoksida daripada ekzos kereta yang diparkir berdekatan bangunan, suhu, kelembapan, bau, bunyi bising, elektro-magnetic field/vibration dalam bangunan, Volatile Organic Compound akan masuk dan berlegar melalui rekahan pada struktur yang tidak dibaiki).
  • ETS (Environmental Tobacco Smoke)

Tanda dan genjala

Tanda dan gejala SBS dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan A :

  • Sakit kepala
  • Kelesuan
  • Loya
  • Pening

Kumpulan B :

  • Sesak hidung
  • Pembengkakan
  • Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)
  • Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu, nausea)

Kumpulan C:

  • Batuk
  • Nafas pendek
  • Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut
  • Diagnosed infection

Rawatan dan pencegahan

Penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman.

  • Pihak pemaju dan operator pengubahsuai bangunan hendaklah tidak menggunakan bahan yang mengandungi bahan bertoksik.  Pemasangan peralatan dan kelengkapan pejabat hendaklah dipilih, disimpan, dikendalikan dan digunakan dalam keadaan di mana pelepasan emisi adalah minimum (penggunaan organic volatile yang minimum).
  • Jika proses pengubahsuaian sedang berjalan, kawasan yang tidak perlu pengubahsuaian perlu dilindungi persekitarannya dari kawasan pengubahsuaian.
  • Pengawalan serangga dilakukan oleh pihak operator berlesen.
  • Pembersihan berkala perlu diamalkan bagi mengawal habuk dan kekotoran dalaman.
  • Syarikat pembersihan pejabat wajib memperoleh CSDS (Chemical Safety Data Sheet).
  • Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  • Pihak majikan wajib mengadakan latihan, penyeliaan, menyediakan maklumat faktor serta cara mengelakkan SBS.
  • Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  • Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan, mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  • Memasang pembersih udara.

Rujukan

1- Israeli, E., & Pardo, A. (2011). The sick building syndrome as a part of the autoimmune (auto-inflammatory) syndrome induced by adjuvants. Mod Rheumatol, 21, 235-239. doi: 10.1007/s10165-010-0380-9

2- Jansz, J. (2011). Theories and Knowledge about Sick Building Syndrome. In Sabah A. Abdul-Wahab (Eds.), Sick Building Syndrome in Public Buildings and Workplaces (pp. 25-58). Location: Springer.

3- Passarelli, G. R. (2009). Sick building syndrome: An overview to raise awareness. Journal of Building Appraisal, 5, 55-66. doi: 10.1057/jba.2009.20

4- Health and Safety Executive. (1995). How to deal with sick building syndrome: Guidance for employers, building owners and building manager. Dicetak pada 29 Oktober 2015 dari http://www.hse.gov.uk/pUbns/priced/hsg132.pdf

5- World Health Organization Regional Office for Europe. (2008). Sick Building Syndrome. Akses pada 1 September 2015 dari www.euro.who.int/Housing/pamphlets.how to handle sbs who http://www.vectair.com/files/2011/09/HSE%20-%20Sick%20Building%20Syndrome%20HSG132.pdf

Portal MyHEALTH – Kementerian Kesihatan Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker