Sabah terima lebih RM20 juta cukai pelancongan

Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan daripada kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 50% daripada kutipan keseluruhan cukai pelancongan kerajaan pusat.

Katanya, bayaran kepada semua negeri sudah dibuat, termasuk Sarawak yang menerima lebih RM5 juta.

“Tahun ini, kementerian memperuntukkan RM100 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek pelancongan di Sarawak, selain meluluskan peruntukan untuk negeri lain dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik selepas sektor pelancongan negara terjejas teruk oleh pandemik Covid-19,” katanya pada Program Lan Berambeh di Kampung Batu Kitang semalam.

Beliau berkata, lebih banyak peruntukan akan dimohon daripada kerajaan pusat di bawah “rolling plan” seterusnya bagi pelaksanaan program pemulihan pelancongan domestik di seluruh negara.

“Di Sarawak banyak produk pelancongan yang belum diteroka dan dimanfaatkan.”

FMT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker