SAH!!! ANWAR IBRAHIM PEGANG REKOD ‘BAKAL PERDANA MENTERI’ PALING LAMA

BEKAS SETPOL SAHKAN PUNCA KRISIS PAKATAN HARAPAN

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/09/Seperti-mana-yg-saya-fikirkan._20200907_1.mp4[/KGVID]

Senator Zahid Md Arip mengesahkan punca sebenar krisis dalaman Pakatan Harapan sehingga membawa kepada kejatuhan pemerintahan PH di Putrajaya akhir Februari 2020.

Dalam ucapan beliau di Dewan Negara, Zahid mengesahkan Tun Mahathir sememangnya menyekat peralihan kuasa Perdana Menteri seperti dijanjikan ketika berkerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan. Perjanjian peralihan kuasa dari Tun M kepada Anwar merupakan sebahagian ‘Perjanjian’ bagi membalas jasa PKR membenarkan logo parti itu digunakan Pakatan Harapan ketika bertanding di PRU14 lepas.

Semua sekutu dalam Pakatan Harapan – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersetuju menggunakan lambang ‘Mata’ PKR bagi memastikan pengundi tidak terkeliru memilih semasa membuang undi PRU14.

Pendedahan Senator itu juga menjawap khabar krisis antara Tun M dan Anwar tidak pernah selesai walau kemesraan ditampilkan kedua-dua pihak setiap kali berdepan media. Penyokong Pro-Anwar mendesak agar peralihan kuasa Mahathir – Anwar ditepati sebagaimana dijanjikan namun Mahathir melengah-lengahkan dengan pelbagai alasan. Azmin Ali (PKR) pada ketika itu mempertahankan Tun M dan mencabar mana-mana pihak membuktikan kewujudan perjanjian peralihan kuasa seperti didakwa.

Ketika krisis memuncak, Mahathir tampil memberi kenyataan peralihan akan berlaku selepas Sidang Apec 2020 yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada November 2020. Anwar pula ketika itu menyerahkan keputusan kepada Mahathir bagi menentukan tarikh peralihan namun ketenangan hanyalah di permukaan sahaja. Semua pihak tahu kemelut perebutan kuasa antara Mahathir-Anwar tidak pernah berhenti sejak beliau memecat Anwar atas dakwaan salah laku moral.

Segalanya semakin terungkai tetapi yang paling mendapat keuntungan atas krisis PH ialah Azmin Ali. Beliau bertindak bijak meninggalkan PKR dan menyokong Muhyiddin ketika krisis pertukaran kerajaan berlaku ekoran perletakan jawatan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Ke-7. Dari seorang yang begitu mempertahankan kedudukan Mahathir, Azmin berubah menyokong Muhyiddin sehingga mendapat kepercayaan dilantik sebagai Menteri Kanan dalam kabinet hari ini.

Kini semua sudah mulai bercantum menampakkan apa kejadian sebenar dan Anwar Ibrahim merupakan individu paling malang dalam sejarah politik Malaysia dengan menyandang gelaran ‘Bakal Perdana Menteri’ paling lama dalam sejarah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker