Berita tidak benar, Tim. Menteri Komunikasi Mesti disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998

Timbalan Menteri Komunikasi Sebar Maklumat tidak benar.

Amat memalukan apabila seorang Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia telah membuat tuduhan dan meyebarkan maklumat yang salah dan tidak benar keatas seorang mahasiswa yang bernama Veveonah Mosibin dilaman media sosial dimana terpaksa memanjat pokok untuk mendapat capaian internet untuk menduduki peperiksaan semasa  PKP .

Video ini telah menarik perhatian banyak pihak  dan ada yang simpati dengan apa yang dilalui oleh mahasiswa tersebut.

Perakara yang menyedihkan ialah apabila seorang Timbalan Menteri telah membuat tuduhan bahawa Veveonah Mosibin hanya seorang youtuber dan memaklumkan dalam sidang parlimen bahawa ianya satu publisiti untuk mendapatkan viewer semata mata.



Tindakan tersebut telah mendapat kecaman dari pelbagai pihak dan menyifatkan Timbalan Menteri tersebut hanya menyebarkan berita tidak benar.

Seharusnya sebagai seorang Timbalan Menteri semestinya menyiasat perkara tersebut terlebih dahulu dan  bukan seborono membuat andaian hanya  kerana mendengar bertia atau “hear say” semata mata.

Kini untuk menyelamatkan diri  beliau mengatakan bahawa maklumat tersebut diberikan oleh Ahli Parlimen Kudat.

Sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.-myTv



Dakwa Veveonah menipu: Zahidi dedah dapat maklumat daripada ahli Parlimen Kudat

Dakwaan  Veveonah Mosibin  menipu :-Menteri Komunikasi Salahkan Maklumat Ahli Parlimen Kudat

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin menjelaskan beliau menerima maklumat berkaitan Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet daripada ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri.

Menurutnya, maklumat itu diterima selepas merujuk wakil rakyat di Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1, yang memaklumkan bahawa Veveonah merupakan seorang Youtuber selain pada hari tersebut tidak ada peperiksaan.



Beliau turut memberitahu, wakil rakyat terbabit mendapat tahu perkara itu daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi pelajar itu.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini maka maklumat mana yang kita nak rujuk,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, sudah menjadi amalan di Parlimen bahawa setiap maklumat akan dirujuk kepada wakil rakyat, maka perkara yang diperoleh itu akan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, dalam isu tersebut, beliau tidak melihat perlunya Abd Rahim yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menipu atau memberikan maklumat tidak benar.



“Maka kita percaya pada maklumat tersebut. Bagaimanapun saya akan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan bertemu dengan pensyarah, kakitangan dan juga Veveonah untuk mendapatkan maklumat sebenar.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini kita kena semak dua tiga kali lagi. Kalau didapati maklumat itu ada salah faham, maka kita minta maaf dan pensyarah tersebut juga tidak sepatutnya memberikan maklumat salah,” katanya.

Khamis lalu, Zahidi memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian Internet.

Astro Awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button