Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM

Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM

Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM
Penyampaian Sumbangan daripada Lembaga Peperiksaan, Sektor Penilaian dan Peperiksaan semua Negeri oleh Tn Haji Azman bin Othman Timbalan Pengarah Pelajaran, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Terengganu yang menjalankan tugas Pengarah JPN Terengganu kepada Balu arwah Ustaz Abdul Rashid bin Mohd Nor, petugas peperiksaan yang terlibat dalam kemalangan maut dalam perjalanan ke Pusat Peperiksaan SPM di SMK Padang Pulut, Kuala Dungun, Terengganu

DUNGUN: Seorang guru agama maut, selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas di Kilometer 73, Jalan Jerangau-Jabur berhampiran Pusat Koreksional Dungun dekat Bukit Besi, pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8 pagi, Abd Rashid Mohd Nor, 48, yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Jerangau, maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Sharifuddin Ali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.08 pagi sebelum 10 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.



Beliau berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa yang memandu sendirian ditindih kenderaannya dan disahkan meninggal oleh anggota perubatan Klinik Kesihatan Bukit Besi.

“Kami mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘SD’ sekadar fatamorgana , pintu penjara menunggu puak anarki




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata sebelum kejadian mangsa yang juga pengawas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan dari SMK Jerangau untuk ke SMK Padang Pulut.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipandu mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum beberapa kali terbalik.

“Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan anggota bomba kemudiannya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ustaz maut dihempap pikap dalam nahas ketika tinjau peperiksaan SPM

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button