Pembunuh Khashoggi bebas hukuman mati, dipenjara 20 tahun

Pembunuh Khashoggi bebas hukuman mati, dipenjara 20 tahun

RIYADH: Mahkamah Riyadh, Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas lima individu yang terlibat dengan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Seorang lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua lagi dipenjara selama tujuh tahun.

Hukuman yang dikenakan ke atas lapan warga Arab Saudi itu sekali gus menjadi penamat kepada kes pembunuhan kolumnis Washington Post dan pengkritik bebas berkenaan.

Mahkamah sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas lima individu terbabit dan tiga lagi dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh Khashoggi pada 2018.



Mahkamah turut menggugurkan pertuduhan ke atas tiga individu selepas didapati tidak terlibat dengan pembunuhan itu.

Khashoggi merupakan warga Amerika Syarikat dan sering kali mengkritik Putera Mahkota Mohammed Salman.

Wartawan kontroversi itu kali terakhir dilihat di Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018, di mana pada ketika itu dia dikatakan pergi ke lokasi berkenaan untuk mendapatkan dokumen berkaitan perkahwinannya.

Mayat lelaki itu dilaporkan telah dikeluarkan dari bangunan itu dan jasad wartawan itu belum dijumpai



Sepanjang proses siasatan berjalan, 21 orang telah ditahan.

Astro Awani

Buatlah pilihan raya cepat, biar ramai mati, perli Dr Mahathir

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker