BUKAN SOAL VEVEONAH, TETAPI APAKAH TINDAKAN ZAHIDI MENAMBAHBAIK CAPAIAN INTERNET

Ceita tidak benar yang dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia  Zahidi Zainul Abidin berkaitan  berita “cakap dengar” yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kudat  terhadap seorang penuntut UMS Veveonah Mosibin yang dikatakan menipu sedang menduduki peperiksaan dan malah dikatakan dia adalah seorang youtuber yang mengejar publisiti.

Penafian telah dibuat oleh penuntut tersebut dan mengatakan bahawa sememangnya  beliau telah menduduki peperiksaan atas talian dan kenyataannya disokong oleh penuntut yang lain.

Persoalannya sekarang bukan soal penuntut tersebut  berbohong atau tidak, persoalan yang paling besar apabila Timbalan Menteri Komunikasi serta Ahli Parlimen Kudat masih lagi tidak mahu mengakui bahawa liputan internet dikawasan tersebut amat rendah.

Seharusnya apabila tular dilaman media sosial mengatakan liputan internet yang amat rendah  dikawasan berkenaan, maka tindakan drastik dilakukan untuk menyiasat serta  mengatasi masalah tersebut dan bukan berterusan  membincangkan soal penuntut tersebut menduduki peperiksaan atau tidak.

Pada masa yang sama, sokongan juga telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun dengan mengesahkan bahawa Veveonah Mosibin sememangnya telah menduduki peperiksaan akhir pada tarih yang disebutkan itu.

Veveonah Mosibin telah menggunakan capaian internet sehingga terpaksa memanjat  pokok untuk menduduki peperiksaan akhir tersebut .

Anggota Dewan Undangan Negeri Karanaan mengadakan perjumpaan  bersama Naib Censelor dan Pengarah Asasi Sains UMS bagi mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat  oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Ahli Parlimen Kudat tersebut.

Penjelasan diberikan amat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh kedua dua ahli politik tersebut.

“Veveonah sememangnya mengambil peperiksaan akhir antara 9 hingga 12 Jun, 2020.

“Veveonah merupakan pelajar contoh dan ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Marin di peringkat ijazah di UMS,” kata Masidi melalui ciapan di Twitter.

Kenyataan Masidi itu berbeza daripada maklumat disampaikan seorang lagi ahli politik Bersatu Sabah merangkap Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri, melalui akaun Facebooknya.

Rakyat mengikuti perkembangan ini, apa yang rakyat lihat ialah bukan isu Veveonah yang sebenarnya, Isu sebenarnya ialah  menunjukkan bahawa capaian internet dikawasan tersebut amat rendah. Isu utamanya ialah bagaimana kerajaan dibawah pimpinan PH mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan.

Kerajaan perlu mengakui apa yang dilalui Veveonah itu merupakan masalah sama dihadapi oleh penduduk di luar bandar di Sabah dan Sarawak dan juga kawasan kawasan yang pendalaman di semenanjung Malaysia.

Leave a Reply