MENGAPA PENGASAS PPBM TIDAK DIJEMPUT KE MAJLIS ULANGTAHUN PARTI

MAHATHIR SEMAKIN DILUPAKAN PPBM

Ulangtahun penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah berlangsung di sebuah hotel semalam. Genap 4 tahun PPBM ditubuhkan untuk melawan Najib Tun Razak dan Barisan Nasional dalam PRU14. Kejayaan PPBM bersama Pakatan Harapan menumbangkan BN merupakan sejarah peradaban politik Malaysia terhadap sebuah parti yang memerintah sejak zaman Tunku Abdul Rahman.

Acara tersebut turut menampilkan Setiausaha Agung PPBM selepas krisis dalaman yang melanda parti itu pada Februari lepas. Semasa krisis dalaman PPBM berlaku, Hamzah Zainuddin pernah dipecat oleh SUK PPBM (Pro Tun Mahathir) dan tidak mengiktiraf perlantikan yang dibuat Presiden PPBM sendiri. Krisis berlarutan sehinggalah PPBM mengambil langkah memecat Tun Mahathir sendiri dari parti dan mula menstruktur semula organisasi parti. Akibat krisis pemecatan Tun M dan beberapa ahli parlimen PPBM, ramai kalangan ahli PPBM mengambil langkah keluar parti dan memberikan sokongan kepada parti baru yang ditubuhkan Tun M menjelang Prk Slim.

Tidak mengejutkan dalam majlis semalam kelibat Tun M selaku pengasas PPBM tidak kelihatan. Sewajarnya Mahathir samada tidak dijemput langsung atau tidak menerima jemputan kerana kini haluan beliau berbeza dengan asas penubuhan PPBM itu sendiri. Mengikut tulisan Mahathir di laman blognya, beliau memilih untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di parlimen namun terpaksa akur usul beliau diletakkan di akhir giliran perbahasan.



Memang patut tindakan PPBM tidak menjemput Tun M walau beliau merupakan antara pengasas parti yang banyak membantu Tan Sri Muhyiddin bagi menyakinkan rakyat untuk menumbangkan BN. Populariti Tun M digunakan sepenuhnya PPBM bagi menarik sokongan terutama golongan atas pagar menerusi siri ‘Road Tour’. Muhyiddin perlu akui tanpa Tun M, PPBM hanyalah sebuah parti nyamuk yang tidak berpengaruh langsung. PKR, DAP dan AMANAH yang melihat peluang ‘MENGKUDAKAN’ Mahathir bertindak bijak apabila menjalinkan kerjasama kerana imej Tun sendiri dan dakwaannya terhadap Najib Razak serta salahlaku BN yang pernah beliau sendiri terajui selama 22 tahun. Siapa tidak percaya kepada ucapan Mahathir yang diketahui pernah menjadi Presiden Umno dan PM Ke-4?

Kini imej Mahathir semakin merosot manakala imej PPBM juga terjejas kerana ahli berbelah bahagi samada mahu terus bersama Muhyiddin atau bersama Mahathir dan PH. Apatah lagi PPBM semakin tidak jelas haluan ‘Geo Politik’ sejak berkerjasama dengan parti lain untuk mentadbir negara. Ramai melihat kerjasama PPBM dengan pihak lain amat rapuh memandangkan parti itu tidak mendominasi kerusi dalam parlimen.

Tulisan – Zulkifly Rashid, Ulu Klang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker