NETIZEN JANGAN JADI ‘HAKIM’ KECAM RAS ADIBA TIDAK BERTUDUNG

RAS ADIBA BERHAK ATAS DIRI SENDIRI

Netizen hari ini sudah menjadi ‘Hakim’ bila personaliti tertentu tidak memenuhi citarasa mereka. Mereka akan mengecam personaliti sehingga ada yang bertindak lebih jauh menyelongkar kisah lama individu yang dikecam.

Terbaru Ahli Dewan Negara Senator Ras Adiba Radzi menjadi mangsa ‘Hakim’ media sosial netizen. Beliau membuat penampilan tanpa mengenakan tudung ketika mengangkat sumpah sebagai Senator dan Ahli Dewan Negara. Ras juga adalah Ahli Dewan Negara mewakili Golongan Kelainan Upaya di Dewan Negara, merupakan bekas personaliti sebuah stesen television. Ketika zaman kegemilangannya, Ras sememangnya tidak mengenakan tudung jadi tiada sebab netizen mahu membesarkan isu ini.

Mengapa netizen menyerang Ras Adiba? Beliau berhak keatas dirinya sendiri dan berhak menentukan apa yang beliau patut kenakan apabila tampil di khalayak ramai. Ras tidak terikat untuk mematuhi ‘SOP’ netizen yang mengecam tindakan beliau tidak berhijab kelmarin. Cukup-cukuplah menghukum personaliti mengikut ‘selera’ netizen.

Dalam pada itu Ras Adiba menjelaskan selama ini sememangnya beliau tidak bertudung sebaliknya mengenakan fesyen turban atau skarf.

Jelas Ras, dia sebelum ini memang tidak bertudung dan hanya mengenakan turban atau skaf sahaja untuk menutup kepalanya.

“Saya tidak pakai tudung. Saya cuma kenakan skaf atau turban sahaja” – Ras Adiba Radzi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker