SIASAT DETIK SEBELUM ABDUL AZIZ DIPERCAYAI TERJUN BANGUNAN

Cheras: Polis sudah memanggil beberapa saksi kejadian anggota tentera, Abdul Aziz Aznam yang dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di Kem Majidee, Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, saksi itu terdiri daripada anggota kem sama untuk membantu siasatan kes termasuk detik sebelum mangsa dipercayai terjun.

Beliau berkata, siasatan merangkumi detik sebelum mangsa berusia 20 tahun itu terjun selain mengenal pasti sama ada wujud unsur ugutan, tekanan serta penderaan sebelum kejadian.



“Kita rakam percakapan mereka untuk tahu adakah mangsa bertindak sedemikian kerana takut atau ada punca lain,” katanya pada sidang media selepas majlis serah terima tugas membabitkan pengarah dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep) daripada empat jabatan Bukit Aman di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.

Empat jabatan itu terdiri daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Pengarah Pengurusan, Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik dan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi.

Pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem di Batu Pahat.

Mangsa yang sebelum itu dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat bagaimanapun menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang.



Abangnya, Mohamad Amirul Naim, 22, mendakwa adiknya mengadu sering menjadi mangsa buli dan ragging ketika berada di kem tentera itu.

Mangsa juga pernah mengadu kepada keluarga bahawa dia pernah ditumbuk dan mukanya digosok dengan berus besi.

HMetro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button