BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Oleh – Bakhtiar Omar


BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

Pilihanraya Negeri 2023 menyaksikan pertembungan sengit antara Perikatan Nasional (BERSATU, PAS, GERAKAN) dengan Kerajaan Perpaduan (Pakatan Harapan, Barisan Nasional). Yang menjadi perhatian ialah, bagaimana BERSATU menerima hakikat PAS lebih dominan dalam PN dari bilangan calon.



Dengan meletakkan seramai 126 calon, PAS mengatasi BERSATU yang hanya menawarkan seramai 83 calon manakala GERAKAN pula 36 calon.

Pas meletakkan 126 calon bagi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos depan.

Manakala  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula mendapat 83 kerusi dan Gerakan 36 kerusi. – Tuan Ibrahim Tuan Man – 21/7/2023

Perbezaan seramai 43 calon bukan jumlah yang kecil malah ia menunjukkan dominasi PAS sangat ketara dalam Perikatan Nasional. Adakah BERSATU sebenarnya ketandusan calon atau mereka tahu senarai calon BERSATU belum tentu mampu menang lebih 50% dari jumlah kerusi yang ditandingi?



Dipercayai jumlah calon BERSATU yang agak kecil ini dipengaruhi beberapa faktor. Ini tidak termasuk konflik dalaman BERSATU yang cuba dialihkan pemimpin mereka.

Walau slogan #PNBEST digunakan, imej Presiden BERSATU sendiri telah tercemar dengan dakwaan di Mahkamah berkaitan penyalahgunaan wang rakyat. Malah, akaun bank parti tersebut telah disita oleh pihak berkuasa bagi melakukan siasatan lanjut.

Disinilah PAS mula menunjukkan penguasaan mereka dalam gabungan PN. Gosip yang tersebar menyatakan pertemuan singkat Presiden PAS, Hj Hadi Awang dengan Tun Mahathir bukan pertemuan biasa-biasa, tetapi turut menyentuh mengenai kedudukan kewangan PN itu sendiri.

PAS ‘SOKONG KOSONG’ PROKLAMASI MELAYU?

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan



PAS pula sanggup menyokong Proklamasi Melayu yang digunakan Mahathir untuk kepentingan tertentu demi kelangsungan parti itu. Jangan lupa, ada klip video bagaimana seorang individu membayar sejumlah wang kepada pengundi muda dengan cara bersumpah. 

PAS juga mengejutkan semua pihak apabila mengeluarkan kenyataan mengenai kedudukan calon Menteri Besar bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sekiranya Perikatan Nasional tidak berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, PAS masih kekal mempunyai 3 negeri manakala BERSATU boleh diibaratakan ‘melukut di tepi gantang’.

Apa akan jadi dengan BERSATU? Tanpa seorangpun calon BERSATU berjaya dilantik sebagai Menteri Besar, sudah tentu nilai mereka (BERSATU) tidak setanding PAS.



BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan
Hj Hadi & Muhyiddin Yassin

Kemungkinan PAS akan meninggalkan Perikatan Nasional juga perlu difikirkan oleh pimpinan BERSATU. Adakah PAS sanggup menanggung BERSATU yang tidak ada negeri untuk memerintah? Ibaratnya PAS membawa ‘Biawak Hidup’ jika mereka berbuat demikian.

Malam ini, apa juga keputusan dari Pilihanraya Negeri 2023 perlu diterima dengan hati dan jiwa yang terbuka. Rakyat hari ini menjadi ‘Raja Sehari’ kerana kuasa memilih sehingga jam 5 petang adalah Hak Rakyat.

BERSATU juga perlu berlapang dada sekiranya hanya PAS yang kekal dengan jawatan Menteri Besar di 3 negeri. Kelak, mungkin BERSATU boleh belajar bagaimana PAS satu ketika menadah ‘Tin Milo’ sebagai sumber kewangan parti itu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button