MAUT KENA PIJAK BERKALI KALI

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul dan dipijak berkali-kali di belakang sebuah rumah kosong di Kampung Batu Putih Kampar di sini, pada 21 Ogos lalu.

Mangsa yang berusia 54 tahun parah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sebelum meninggal dunia 3.30 petang 1 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim, hasil bedah siasat, kematian mangsa berpunca daripada kecederaan kepala disebabkan oleh objek tumpul.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh,” katanya.



Hasron Nazri berkata, kira-kira 1 tengah hari 21 Ogos lalu, mangsa dijumpai dalam keadaan berdarah serta tidak sedarkan diri di belakang rumahnya dan kemudian dibawa ke Hospital Kampar.

Katanya, mangsa dirujuk ke HRPB kerana mengalami patah tulang leher dan rahang, serta darah beku di kepala

Dia mempunyai kesan dipukul dan berada dalam kedaan koma.

“Hasil pemeriksaan luaran, terdapat bengkak di bahagian kiri kepala dan luka di dada.



“Hasil imbasan di bahagian kepala dan leher, mangsa didapati mengalami pendarahan di otak sebelah kiri dan retak tulang leher.

“Kecederaan mangsa ada kemungkinan terjatuh sendiri, dipukul orang atau kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurutnya, berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kampar oleh adik mangsa pada 28 Ogos lalu.

Hasron Nazri berkata, abang mangsa berkata adiknya tidak bekerja sejak hampir lima tahun lalu selepas berhenti menjadi sami di Kuil Batu Puteh.

“Mangsa juga tidak menggunakan telefon bimbit dan tinggal di sebuah rumah kosong. Dia dikatakan tinggal dengan seorang lelaki beberapa bulan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, susulan kejadian, polis menangkap suspek, seorang lelaki berusia 30 tahun di hadapan Maybank, Jalan Besar Tapah dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

“Hasil temubual awal, suspek mengaku bergaduh dan memijak bahagian kepala dan leher mangsa beberapa kali.

“Suspek juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan, Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, suspek akan dituduh Mahkamah Majistret Kampar, esok.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker