Antara Syarat Menjadi MB Kedah Dari PAS, Mesti Kena Buang Sekolah Dulu

Antara Syarat Menjadi MB Kedah Dari PAS, Mesti Kena Buang Sekolah Dulu

Kriteria utama untuk menjadi pemimpin yang baik adalah mempunyai latar belakang akhlak yang baik.

Rasulullah SAW sebelum dilantik sebagai rasul, Allah sudah menjaga akhlak baginda dari kecil lagi.

Begitu juga dengan utusanNya yang lain.



Memang benar, sebelum memeluk Islam, Saidina Omar Al Khattab juga mempunyai akhlak yang tidak baik.

Meminum arak, menzalimi sesama manusia, malah Saidina Omar pernah membunuh anak perempuan beliau dengan tang beliau sendiri.

Tetapi kenapa Allah SWT memilih Saidina Omar termasuk dalam salah seorang khulafa Ar Rasyiddin?

Kerana selepas beriman, Saidina Omar bukan sahaja meninggalkan terus kesemua perkara buruk yang beliau pernah lakukan.



Tetapi Saidina Omar juga benar-benar menyesali semua keburukan yang beliau pernah lakukan, apatah lagi merasa bangga dengan sejarah hitam beliau.

Sanusi Bangga Dengan Akhlak Yang Buruk

 

Antara Syarat Menjadi MB Kedah Dari PAS, Mesti Kena Buang Sekolah Dulu

Tetapi ianya jauh berbeza dengan menteri besar Kedah dari PAS yang ada sekarang.



Tanpa rasa bersalah, malah dengan rasa bangga beliau memberitahu dunia bahawa beliau pernah dibuang sekolah sebanyak 2 kali.

Bukan satu kali, tetapi dua kali.

Agak menghairankan apabila seorang pemimpin menceritakan keburukan diri sendiri tanpa rasa malu, malah berbangga.

Apa yang nyata, Sanusi mengakui beliau pernah dibuang sekolah buat pertama kali ketika berada di Tingkatan 4, di salah sebuah sekolah berasrama penuh.



Sekiranya dibuang sekolah dari sekolah berasrama penuh, sudah pasti ianya berkaitan dengan kesalahan melanggar disiplin sekolah.

Dan sudah pasti kesalahan yang dilakukan itu bukanlah kesalahan yang kecil.

Agak-agaknya apa kesalahan Sanusi ketika itu?

Adakah mungkin kerana menipu dan melawan cikgu?



Mungkin, kerana Sanusi sudah terbukti membuat fitnah apabila kalah dalam kes saman fitnah Mahfuz Omar.

Atau mungkinkah kerana Sanusi memaki hamun cikgu beliau?

Ada kemungkinan, kerana Sanusi dilihat begitu gembira memaki hamun pemimpin lain.

Dan adakah kerana kesalahan mencuri?



Kes mencuri nadir bumi di negeri Kedah mungkin ada jawapannya.

Ternyata Sanusi tidak mempunyai akhlak yang baik bukan sahaja sekarang, tetapi dari dahulu lagi.

Tapi, mungkin itu antara pra syarat dari PAS untuk melayakkan beliau menjadi menteri besar Kedah.

 

Antara Syarat Menjadi MB Kedah Dari PAS, Mesti Kena Buang Sekolah Dulu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button