KES DI INDIA TERUS MENINGKAT, 97,570 KES BAHARU DILAPORKAN

NEW DELHI: Kes COVID-19 di India terus meningkat apabila 97,570 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk 1,201 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Persekutuan, ia menjadikan keseluruhan kes COVID-19 di India setakat ini ialah sebanyak sebanyak 4,659,984.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan jumlah keseluruhan kematian setakat ini adalah sebanyak 77,472.



Sebanyak 958,316 kes aktif direkodkan di seluruh negara, manakala 3,624,196 pula berjaya sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Maharashtra yang terletak di barat daya India menjadi negeri paling teruk terjejas dengan lebih sejuta kes direkodkan.

Menurut laporan media, ia sekali gus menunjukkan satu daripada setiap lima kes di negara itu adalah dari Maharashtra, manakala bagi kematian, satu daripada tiga kes adalah dari negeri sama. – AGENSI

Bharian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button