TEROWONG SMART DIBUKA SEMULA

KUALA LUMPUR: Terowong Lebuhraya SMART yang ditutup kepada kenderaan kelmarin bagi mengatasi masalah banjir di ibu negara, dibuka sepenuhnya kepada lalu lintas bermula jam 6.37 petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan berkata, terowong berkenaan dibuka semula hari ini selepas segala kerja pembersihan selesai dijalankan.

“Hari ini kerja pembersihan selesai termasuk mengepam keluar air. Proses pemeriksaan dan rektifikasi mekanikal serta elektrikal dijalankan bagi memastikan semua peralatan berada di dalam keadaan baik dan selamat sebelum Terowong Lebuhraya SMART dibuka semula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, Terowong Lebuhraya SMART ditutup kepada lalu lintas selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada jam 4 petang tadi berikutan hujan lebat.

Kenyataan itu berkata, pasukan serta Pengurusan Terowong SMART akan terus memantau keperluan Operasi SMART dan memastikan tahap kesiapsiagaan pasukan berada dalam keadaan terbaik.

Bharian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker