KENALI CALUN N.10 USUKAN – SALLEH SAID KERUAK

Datuk Seri Panglima Dr Mohamed Salleh bin Tun Haji Mohamed Said (lahir 9 Julai 1957) adalah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, menggantikan Juhar Mahiruddin.

Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996. Beliau juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak 2015 sehingga 2018.

Bapanya Mohamed Said Bin Keruak pernah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah ke-4 dan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7.

Perkahwinan
1- Nama Isteri:- Raya Erom
2- Bilangan anak :- 4 orang ( 2 lelaki, 2 perempuan)



Pendidikan
1- Sekolah Rendah Kebangsaan Menggatal
2- Kolej Sabah, Kota Kinabalu.
3- Vanto Academy, Petaling Jaya, Selangor. ( Peringkat Menengah)

Kelulusan Universiti
1- Ijazah Sarjana Muda B. A. (Sains Politik), Universiti Simon Fraser, Kanada.
2- Ijazah Sarjana (Master) Sains dalam bidang Politik dan Kerajaan, Universiti Putra
3- Malaysia.Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) Politik dan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia.

Kerjaya,
1- Pegawai Daerah Kota Belud (1984 – 1985).
2- Setiausaha Politik dari 1 Januari 1985 hingga 15 Mac 1985.

Sejarah Politik
1- Bertanding atas tiket Parti Bersatu Sabah (PBS) di DUN Usukan pada tahun 1987, tetapi beliau ditewaskan oleh Tun Datu Mustapha bin Harun.
2- 1990, beliau dilantik sebagai Pengerusi PBS Bahagian Usukan,
3- 1991 menyertai UMNO dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Belud.
4- Memenangi kerusi DUN Usukan pada Pilihan raya Negeri Sabah 1994.
5- 1994 Dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
6- 1994 juga, beliau turut memenangi kerusi Parlimen Kota Belud.
7- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dari 1 Januari 1995 hingga 28 November 1996. (Diganti oleh Presiden SAPP, Yong Teck Lee) Pengiliran jawatan.
8- 1996, beliau terpilih sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 1996/1999
9- Menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 1998/2001 pada pemilihan parti 1998.
10- 1999 Mempertahankan kerusi DUN Usukan dan Parlimen Kota Belud  (PRU 1999)
11- Ahli MT bagi penggal 2000/2003 pada pemilihan tahun 2000.
12- Dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi penggal 2000/2003.
13- Menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Kota Belud bagi penggal 2001/2003 dalam pemilihan parti / Pada Perhimpunan Agung UMNO 2001
14- Pilihan raya umum Malaysia 2004, menarik diri daripada mempertahankan kerusi DUN Usukan dan melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud . Bagaimanapun, beliau dipilih untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Belud.
15- Pada 4 Januari 2010, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman melantik beliau sebagai Penasihat Sains dan Teknologi bertaraf menteri. Beliau menggantikan Tham Nyip Shen, bekas Timbalan Ketua Menteri.
16- Pada 1 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
17- Pada 12 Januari 2011, beliau telah dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.



Dalam parti UMNO, beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Beliau juga mempengerusikan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO)/ United Sabah Bajau Organisation.

Selepas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) Kelas Pertama yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker