PRN SABAH – SALLEH KERUAK KEMBALI UNTUK RAKYAT KOTA BELUD

Dr. Salleh Said Keruak Ibarat Sireh Pulang Ke Gangang



Berbohong namanya jika ada yang mengatakan bahawa Dr Salleh Said Keruak tidak membawa pembangunan kepada Kota Belud serta penduduknya. Paling ketara kejayaan yang telah dicapai adalah dalam bidang peningkatan capaian komunikasi untuk masyarakat setempat.

Kenyataan tidak berasas sama sekali untuk dilontarkan kepada beliau, Semasa Dr Salleh Keruak menjadi Ketua Menteri selama lebih kurang 1 tahun, Jalan raya dari Kota Belud ke Kota Kinabalu telah diilhamkan dan ianya sekarang merupakan jaringan perhubungan yang amat penting bagi rakyat Kota Belud.

Dengan jaringan atau rangkaian jalanraya yang baik, sekali gus akan dapat menaikkan dan memperkembangkan ekonomi masyarakat dengan lebih baik lagi. Secara tidak langsung pengembangan ekonomi dapat diperluaskan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Dr Salleh Said Keruak telah mewakafkan sebidang tanah untuk dibina sekolah yang dinamakan SMK Tun Said.



Bukan itu sahaja, ketika menjadi menteri komunikasi takkan beliau membawa pembangunan seperti pasar, hospital, sekolah sedangkan beliau bahagian komunikasi sudah tentu beliau menaiktaraf liputan telekomunikasi di daerah ini.



Pada 2015, Jawatankuasa Komuniti Pintar Kota-Belud telah dibentuk dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dengan keahlian semua Jabatan/Agensi daerah Kota-Belud bersama SKMM. Bertujuan untuk menaiktaraf gaya hidup, komunikasi dan ekonomi Kota-Belud.

Komuniti Pintar
Merupakan satu inisiatif ke arah pembangunan dan pencapaian visi Negara Pintar,
Komuniti tempatan diperkasakan dengan kemudahan ICT serta pendedahan dan pengetahuan yang mapan

Fokus Kepada Penambahbaikan Infrastruktur Telekomunikasi

1- Kelajuan
2- Liputan dan
3- Kemampuan menggunakan internet.

Peranan Pejabat Daerah Kota-Belud

1- PDKB Urus Setia bersama SKMM dalam Jawatankuasa Komuniti Pintar Kota-Belud.
2- Menyelaras mesyuarat/program bersama SKMM.
3- Menyelaras program perancangan / pembangunan untuk penyelesaian isu/masalah dengan agensi berkaitan.

Inisiatif Dan Impak Teknologi Kepada Masyarakat.

1- Penambahbaikan Infrastruktur & Liputan 2G, 3G, 4G, UNIFI dan LTE
2- 122 tapak/menara tersedia dan sudah beroperasi oleh pemberi perkhidmatan MCMC
3- Capaian internet meningkat 90% termasuk persekitaran dan perairan Pulau Mantanani kini tempat pelancongan menarik dan berdaya maju.

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) 5 PI1M

Ianya telah dibina dan beroperasi di Kg. Rampayan Laut, Kg. Ambong, Kg. Tamu Darat, Kg. Suang Punggor dan Bangunan Perpustakaan Negeri Cawangan Kota-Belud Menyediakan perkhidmatan kemudahan ICT, rujukan, tempat latihan usahawan/komuniti.

Saifon

1- Memantau paras air sungai, cuaca dan CCTV
2- Sensor paras air dipasang di beberapa buah sungai yang telah dikenalpasti sebagai “Hotspot Banjir” (Sg Kadamaian Kg Piasau, Sg Tempasuk Kg Bobot dan Sg Abai Kg Sembirai)
3- Pemasangan 12 CCTV dipasang di persekitaran Pekan Kota-Belud untuk tujuan pemantauan keselamatan.
4- Aset amaran awal kepada JKPBD untuk memberi maklumat kepada masyarakat untuk bersedia sekiranya bencana berlaku.
5- SAIFON disampaikan secara effisyen

Pemudah maklumat diantara JKPBD ( Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah)  dan masyarakat dan dapat mengurus bantuan kepada mangsa bencana lebih cekap Membantu Pihak Berkuasa memantau dan membanteras kegiatan jenayah.

Penggunaan 50 Unit Walkie Talkie Radio (MOTOROLLA)

1- alat perhubungan JKPBD/agensi penyelamat semasa bencana
2-Pemudah maklumat kepada Urus Setia semasa program Tamu Besar, Pesta Kaamatan dan acara rasmi kerajaan.

Perkhidmatan Penyampaian Maklumat

1- Alamat Untuk Semua (AFA)
2- Smart Postman 
3- Ejen Berdaftar Pos
4- Pos On Wheels (POW)
5- Penghantaran poskad/surat lebih cepat dan selamat kepada komuniti di 

76 buah kampung di Kadamaian
56 buah kampung di Tempasuk
36 buah kampung di Usukan

Produk Tempatan

1- mykomuniti Kreatif (mykif) –
Mempromosikan makanan dan pakaian tradisional, tempat tempat menarik pelancongan, pembikinan video pendek ke Youtube.
2- Application and Robotic Workshop – Dengan kerjasama UMS dibuat bengkel dikalangan pelajar pelajar sekolah.
3- Majalah Digital
4- Pengenalan e-magazine kepada sekolah sekolah terpilih di daerah Kota-Belud
5- U-Smart
6- Menggalakkan para belia berdikari untuk menjalankan

1- Semua komuniti Kota-Belud dan Sabah akan menikmati penggunaan Teknologi Maklumat yang lebih selesa pada 2020.
2- Melahirkan lebih ramai Usahawan Tempatan yang berjaya.
3- PI1M dijadikan lokasi/pusat mempromosikan produk dan peluang Pelancongan secara meluas terutama
4- PI1M Kg Tamu Darat – Kadamaian
5- PI1M Kg Rampayan Laut – Tempasuk
6- PI1M Perpustakaan Pekan Kota-Belud – Usukan

Tarikan Pelancongan Di Daerah Kota Belud

1. Proboscis Monkey
2. Tagal Firefly
3. Tamu Mingguan
4. Aura Montoria
5. Tosung-Tosung Waterfall
6. Mantanani Island
7. Jalan Lasau Podi
8. Pekan Nabalu

Apakah dengan kejayaan yang sedemikian dibawa oleh Dr. Salleh Said Keruak masih lagi ada yang cuba menafikannya.

Justeru itu pemilihan Dr Salleh Said Keruak seumpama sireh pulang ke gangang, hadirnya beliau sebagai calon adalah untuk mencurahkan baktinya dan meneruskan perancangan yang hebat untuk rakyat Kota Belud khususnya Dun Usukan.

Tanpa diragui lagi, rakyat Kota Belud seharusnya melihat pulangnya Dr Salleh ke Kota Belut sebagai seoarang calon yang terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *