4 pakej Lebuhraya Pan Borneo disiapkan

Oleh – Syeikh Baran


 

4 pakej Lebuhraya Pan Borneo disiapkan

Empat (4) pakej kerja (PK) Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Sabah iaitu Jalan Papar Donggongon, Jalan Tawau-Semporna, Jalan Bipas Lahad Datu dan Jalan Kampung Lot M – Batu 32 Sandakan telah disiapkan setakat 31 Disember tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata ada 35 PK dalam projek Fasa 1 dan daripada angka itu 11 PK masih lagi dalam pembinaan sementara lima PK dalam proses pemerolehan dan 15 PK di bawah Fasa 1B belum lagi dimulakan.

“Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 1,236 km dilaksanakan dalam tiga fasa dan kami mahu ia disiapkan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan selepas melawat tapak projek lebuh raya itu di sini hari ini.

Beliau berkata Fasa 1 melibatkan laluan Sindumin-Kota Kinabalu-Kudat, Ranau-Batu 32 Sandakan dan Batu 32 Sandakan-Tawau dengan jarak 706km, sementara Fasa 2 ialah dari Tamparuli-Ranau (96km) dan Fasa 3, iaitu jalan Tawau-Kalabakan-Keningau-Kimanis (432km).

JALAN PUTATAN-INANAM DIJANGKA SIAP MENJELANG OKTOBER

Sementara itu, Ketua Menteri berkata pembinaan jalan berkembar Putatan-Inanam sepanjang 21.7km termasuk sebatang jalan 2.1km ke Bukit Padang di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 sudah 79.96 peratus siap.

Beliau berkata projek Jalan Putatan-Inanam yang dianggarkan menelan kos RM788.37 juta dijangka siap menjelang November tahun ini.

“Projek Jalan Putatan-Inanam juga termasuk pembinaan tiga jambatan baharu menyeberangi Sungai Moyog, sebuah jambatan atas darat di Kampung Kolopis, tiga pembetung kotak di Kampung Kolopis dan tujuh persimpangan baharu,” katanya.

Sumber – Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker