PRN SABAH- TANPA RAGU,ANAK MUDA SOKONG CALON BN TEMPASUK DAN USUKAN

Perubahan lankskap politik Barisan Nasional  di Sabah bertukar secara mengejut apabila Bung Mokhtar Radin sebagai Pengerusi BN Negeri Sabah berani meletakkan calon-calon muda sebagai calon pilihanraya negeri Sabah. Ini satu tindakan yang amat berani disaat kemelut politik dalam Negari Sabah sedang hebat bergolak.

Meletakkan calon muda dalam lanskap politik berbagai etnik memerlukan sentuhan yang cukup unik untuk mendapatkan kepercayaan ketua suku kaum dan juga golongan anak muda.

Anak muda pada PRU14 yang lalu telah mencuba untuk membuat satu keputusan yang amat  mencabar apabila mereka berani mengubah sebuah kerajaan.

Namun perubahan yang mereka harapkan sudah pergi bersama angin yang lalu. Anak muda mengharapkan pembelaan  dalam pelbagai aspek  termasuk pendidikan, riadah dan lain lainnya.



Namun semuanya hanya tinggal janji kosong semata mata. Anak muda tertipu dengan janji manis pemimpin Warisan Sabah.

PRN pada kali ini, Bung Mokhtar  melihat sesuatu harus dilakukan, Inspirasi anak muda mesti dikeluarkan dari benak hati mereka yang terpendam selama ini.

Melihat keadaan ini, Bung Moktar mengambil keputusan  meletakkan anak muda yang berpotensi  dan bakal pemimpin yang boleh bersama dengan mereka tanpa rasa janggal sekali pun.

Di DUN N10 Usukan Kota Belud mereka sudah ada Salleh Said Keruak ( Mantan Menteri Komunikasi), Di DUN N 09 Tempasuk mereka sudah ada bakal pemimpin muda Arsad  Bistari seorang usahawan.



Melalui gandingan yang cukup baik ini sekali gus akan dapat merealisasikan impian anak muda dalam kepelbagaian bidang untuk diketengahkan termasuk bidang keusahawanan.

Kejayaan Salleh Keruak dalam menaik taraf capian telekomunikasi di Kota Belut sudah tidak dapat dinafikan lagi. Anak muda melihat kejayaan ini.

Mungkin selepas ini mereka akan melihat ruang serta peluang kerjaya dalam kepelbagaian bidang untuk diterokai dengan adanya dua orang Adun yang amat berkelayakan  untuk menerajui kepimpinan di Kota Belut dan Tempasuk.

Tanpa ragu-ragu lagi, anak muda Usukan dan Tempasuk telah menyatakan sokongan mereka terhadap kedua calon yang datangnya dari  Barisan Nasional.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/09/WhatsApp-Video-2020-09-20-at-10.54.35-AM-1.mp4[/KGVID]

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker