PRN SABAH-BERHATI-HATI PENGUNDI TEMPASUK,TIADA CALON BEBAS “MESRA PERIKATAN NASIONAL”

Saban hari kita menyelusuri laman laman web, portal untuk mendapatkan berita dan perkembangan semasa PRN Sabah di samping membaca dan mendengar  kenyataan penafian yang dibuat bagi sesuatu isu yang berbangkit.

Kemuncak kempen PRN Sabah mula terasa, diwaktu ini berbagai kaedah dan cara dilakukan dan digunakan untuk meraih sokongan pengundi.

Ada  diantara mereka menggunakan kaedah bersih dan putih dan ada yang telah mula menggunakan sebaliknya. Perkara paling penting bagi mereka dapat mengurangkan sokongan pengundi terhadap calon BN Tempasuk.



Baru baru ini Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi  telah menyatakan dengan jelas terdapatnya poster calon bebas yang memaparkan perkataan yang  berbunyi “ Mesra Perikatan Nasional” yang mana merujuk kepada bahawa  pencalonan calon bebas tersebut ada kaitan dengan restu Perikatan Nasional.

Penafian tegas telah dilakukan oleh DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung dengan isu tersebut dengan jelas mengatakan “ tiada satu pun calon bebas yang bertanding di Tempasuk direstui atau mesra  Perikatan Nasional.”

Jadi, persoalannya sekarang, mengapakah calon bebas  Datuk Musbah Jamli calon Bebas No. 4 berani memaparkan ayat “ Mesra Perikatan Nasional?” – Apakah yang berlaku secara tersembunyi disebalik  kenyataan yang dipaparkan diposter berkenaan.

Amat jelas bahawa  ini adalah satu penipuan terhadap pengundi Tempasuk, oleh yang demikian, pengundi Tempasuk harus berhati hati dalam hal ini.



Rakyat Sabah  dimana mana juga dalam PDM harus berhati hati dalam hal ini, fitnah dan penipuan telah mula dimainkan untuk mendapatkan sokongan sedang dilakukan secara terangan.

Jika diwaktu ini calon Bebas Tempasuk sanggup menggunakan ayat yang mengelirukan dan bersifat satu bentuk penipuan, bagaimana nanti apabila sudah berkuasa?

Mungkin jawapannya sudah ada didalam benak hati pengundi rakyat Sabah, cukuplah sekali pembohongan dan penipuan dilakukan oleh pemimpin Warisan terhadap rakyat Sabah.

Rakyat sudah serik dibohongi di gula-gulakan dengan janji  dan pada PRN Sabah pada kali ini sudah pastinya Barisan Nasional adalah pilihan utama rakyat Sabah dan juga Tempasuk.



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=wmRm-DdrmjY[/embedyt]

KERTAS PUTIH FELDA – FAKTA vs AUTA (EPISOD 1)

 

KERTAS PUTIH FELDA – APA FAEDAH UNTUK PENEROKA? (EPISOD 1.5)



 

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button