PRN SABAH- CALON WARISAN HINA PASUKAN KESELAMATAN YANG GUGUR DI LAHAT DATU

Penghinaan yang amat dasyat sekali dari calon Warisan Mohamaddin Ketapi terhadap pasukan keselamatan negara yang telah gugur  mempertahankan  maruah negara dari pencerobohan pengganas di Lahat Datu pada tahun 2013.

Seramai 10 orang anggota pasukan keselamatan telah gugur dalam tragedi hitam pencerobohan Lahat Datu dinafikan pengorbanan mereka dan kehilangan nyawa mereka langsung tiada nilai dimata pemimpin Warisan.

Demi sokongan dan untuk mendapat undi dalam PRN Sabah, tergamak seorang yang telah menjadi pemimpin kerajaan telah melakukan penghinaan sedemikian rupa terhadap pasukan keselamatan negara.



Menurut  Mohammadin Ketapi calon dari Warisan menyifatkan bahawa peperangan di Tanduo Lahad Datu sebenarnya adalah sendiwara  semata mata dan bukannya  peperangan yang sebenarnya. Beliau juga  menyifatkan bahawa peperangan yang berlaku itu adalah diantara pasukan keselamatan bersama  ayam dan anjing.

Seharusnya  Polis DiRaja Malaysia mengambil  satu tindakan dimana kenyataan yang dibuat itu bersifat hasutan dan  penghinaan terhadap anggota keselamatan yang telah gugur  berjuang mempertahankan maruah negara dari diceroboh.

Bagaimana perasaan seorang ahli politik Warisan melihat gambar dibawah ini? Apakah ini satu sendiwara bagainya? Apakah nyawa mereka boleh ditukar ganti dengan yang lain?



Rakyat Sabah harus mengecam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh calon Warisan ini dan membuat satu laporan polis sebagai tindakan tidak bersetuju dengan penghinaan yang dilakukan terhadap pasukan keselamatan.

Bukan itu sahaja, Rakyat Sabah seharusnya menolak keseluruhan pemimpin dari parti Warisan yang bertanding dalam PRN Sabah pada kali ini. Sikap tidak bertanggungjawab ini sudah pastinya dapat dibendung dengan tidak memilih mereka atau tidak memberikan undi kepada mereka.

Rakyat Sabah juga seharusnya sedar bahawa semua pemimpin Warisan yang bertanding tidak bertanggungjawab dalam apa juga tindakan dan perkataan yang mereka keluarkan  yang akan memudaratkan rakyat Sabah apabila terus memilih mereka dalam pengundian pada 26 September 2020 nanti.

Justeru itu, rakyat Sabah harus memilih sebuah parti yang bertanggungjawab dalam membela rakyat Sabah dan parti tersebut tidak lain dari Barisan Nasional.



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=VawTnNjPZn0[/embedyt]

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah

 

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah



 

Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button