PRN SABAH- MATLAMAT ANAK MUDA SABAH KUBURKAN WARISAN DAN SEKUTUNYA
PRK Kimanis adalah titik tolak gelombang kebangkitan anak muda di Sabah yang menjadi asas kepada perjuangan untuk memastikan generasi akan datang di Sabah tidak ditindas sebagaimana yang sedang dan telah berlaku dibawah pemerintahan Warisan.
Kebangkitan ini adalah satu gerakan yang berintergriti anak muda dalam menzahirkan impian mereka memilih kepimpinan yang diyakini dalam menerajui politik di Sabah.
Pada PRN Sabah kali ini, ramai yang melihat gelombang kebangkitan ini bukan sahaja dari anak muda malah ianya disusuli dengan kebangkitan warga emas yang mengharapkan pemerintahan lama iaitu Barisan Nasional dapat memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam PRN Sabah pada kali ini.
“Kami mahukan pemimpin yang dekat dengan rakyat, merasa denyut nadi rakyat, apa yang mereka mahu dan apa yang perlu diutamakan. Kita tidak mahu pemimpin yang hanya menabur janji bulan bintang pada masa kempen pilihan raya sahaja.” – Norikay Ajirol 25 tahun
Amat jelas dari pertuturan dan isi hati yang diluahkan oleh sebilangan besar rakyat Sabah mendambakan Barisan Nasional untuk kembali mengambil amanah dengan penuh kerendahan hati dan terus melakukan perubahan untuk rakyat Sabah.
Tatkala kekalahan Barisan Nasional pada PRU14, Dikala ini anak muda inilah yang tetap setia mempertahankan wadah dan terus bergerak meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional adalah satu parti yang mampu memberikan pembelaan untuk rakyat.
Situasi itu anak muda Sabah dapat dilihat menerusi sambutan anak muda terhadap keputusan 7 PRK di Semenanjung di mana mereka mula berpatah balik ke arah parti Barisan Nasional.
Kemenangan 7 PRK di Semenanjung telah menyakinkan anak muda di Sabah untuk mengorak gelombang baru dalam misi “Ubah Balik” setelah kegagalan Warisan melunaskan tanggungjawab mereka terhadap rakyat Sabah.
Melalui berberapa rakaman video yang telah dibuat, ianya merupakan isyarat jelas bahawa rakyat terutamanya anak-anak muda mula bangkit menunjukkan protes terhadap kerajaan Warisan yang gagal menunaikan janji mereka dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.
Amat diharapkan kebangkitan ini akan terus menular di PRN Sabah, Satu gelombang yang jitu untuk memastikan kerajaan Warisan akan tumbang dan seterusnya membina sebuah kerajaan yang diyakini oleh rakyat Sabah.
Zahid: Timbang semula sokong PN tiada kaitan kes mahkamah