PENGUNDIAN AWAL- PENGUNDI MESTI TOLAK CALON WARISAN

Netizen memandang berat kes penghinaan yang dilakukan oleh Mohammadin Ketapi terhadap pasukan keselamatan negara yang telah berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan negara di Lahat Datu.

Kecaman berterusan dibuat oleh rakyat Malaysia termasuk beberapa kenyataan dikeluarkan oleh  pasukan keselamatan.

Sebagai ahli politik seharusnya dia peka isu sedemikian yang mana tidak boleh dipolitikkan langsung, kerana ianya melibatkan nyawa, maruah  pasukan keselamatan.



Walaupun permohonan maaf telah dibuat, namun rakyat masih tidak berpuas hati dan mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadai kenyataan penghinaan yang telah dibuat oleh calon Warisan.

Hari ini, undian awal untuk pasukan keselamatan sedang berlangsung, seharusnya demi membela maruah diri, pasukan seharusnya anggota keselamatan yang mengundi menolak calon Warisan ini secara total.

Bukan sedemikian  pemimpin yang harus dipilih  dimana tidak peka dengan sensitiviti dan perkara yang tidak seharusnya diucapkan walaupun atas nama politik.

Rakyat Sabah memilih pemimpin yang terbaik dan bukan pemimpin seperti Muhammadin Ketapi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button