AYUH SELAMATKAN SABAH-UNDI WARISAN DAPAT DAP, HINA PEJUANG LAHAT DATU

Rakyat Sabah, khususnya di Tempasuk dan Usukan  seharusnya melihat dan menyedari bahawa pemilihan calon bukan kerana kebijaksanaan berkata kata tetapi seharusnya peka dalam isu isu yang sensitif.  Pilihan terbaik pada masa ini adalah Barisan Nasional.

Penggunaan lambang Warisan oleh DAP juga perlu dilihat sebagai ancaman yang besar terhadap kedaulatan tanah Sabah. Rakyat Sabah sudah pastinya melihat kerakusan DAP selama 22 bulan  berkuasa.

Tidak memberikan undi kepada Warisan adalah satu tindakan yang amat bijak dari rakyat Sabah. Tindakan ini bukan bererti mengkhianati parti sokongan akan tetapi memilih  untuk menjaga kedaulatan tanah Sabah dari dilelong secara pukal. Ini satu pengorbanan yang amat besar bagi seorang rakyat Sabah

Akibat keceluparan mulut seorang calon Warisan yang bertanding di DUN Segama berkaitan tragedi pencerobohan berdarah Lahat Datu yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan pada tahun 2013.



Calon Warisan tersebut telah membuat kenyataan dengan mengatakan bahawa pencerobohan yang berlaku tersebut merupakan satu bentuk sendiwara yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu. Hal ini telah menyebabkan kecamanan netizen di seluruh negara.

Pada masa yang sama juga calon Warisan tersebut juga telah mengatakan bahawa penularan Covid 19 juga merupakan satu  bentuk konspirasi dan penularan ini akan hilang apabila selepas proses pengundian dijalankan.

Calon Warisan di DUN Segama ialah Muhammaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Dalam satu laporan Malay Mail telah melaporkan sebanyak 16,877 anggota tentera dibolehkan mengundi dan Warisan kehilangan 90% darinya susulan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh calon Warisan tersebut. Sasaran Warisan untuk mendapat 60% undi awal dilihat merosot secara mendadak.



Kehilangan 60% undi jangkaan ini telah menyebabkan Warisan  telah kehilangan momentum gerak kerja PRN dan  bakal menghadapi persaingan sengit disetiap DUN yang dipertandingkan.

Melalui perkembangan  terbaru ini, seharusnya parti-parti yang bertanding mengambil ruang dan peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukan sokongan dan meraih sokongan dari pengundi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker