PRN SABAH-PENGUNDI WARISAN JUAL SABAH KEPADA DAP DENGAN MENGUNDI LAMBANG WARISAN

Sanggupkah rakyat Sabah menjual negeri Sabah kepada DAP yang menggunakan lambang Warisan? Pertanyaan ini adalah berdasarkan sejarah tergadainya Malaysia kepada DAP apabila mereka menggunakan lambang PKR pada PRU14 yang lalu.

Sudah pasti rakyat Sabah telah  melihat bagaimana rakusnya  DAP bila berkuasa di Putrajaya setelah berjaya menipu rakyat Malaysia atas nama lambang. Masih lagi tidak sedar?

PRN Sabah, menjadi cabaran terbesar bagi rakyat Sabahan, Cabaran ini bukannya dari sudut memilih kepimpinan rakyat, tetapi cabaran terbesarnya ialah apabila DAP menggunakan lambing Warisan sebagai lambang untuk mengelirukan rakyat Sabah.



Pilihanraya Negeri Sabah akan berlangsung beberapa hari lagi, pada ketika ini rakyat Sabah akan mengundi lambang parti yang mereka sokong dan persetujui.

Permasalahan yang akan timbul ialah bila mana rakyat gagal untuk mengenali siapakah yang mereka pilih, DAP atau pemimpin Melayu Warisan? Mereka hanya melihat lambang semata mata.

Implikasi dari keadaan ini, rakyat  Sabah akan dipermainkan oleh lambang dan akhirnya  secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan bukan Warisan.

Kita sedia maklum bahawa apa juga tindakan DAP dan Warisan berbagai alasan yang akan diberikan untuk meyakinkan rakyat Sabah. Diantara alas an yang biasa digunakan ialah untuk melambangkan persahabatan dan perpaduan dalam kalangan parti gabungan Warisan Plus.



 

Rakyat Sabah harus mengkaji semula kesan daripada DAP menggunakan lambang PKR pada PRU14 yang lalu,  Rata rata rakyat telah mengundi lambang PKR dan akhirnya memberikan kuasa kepada DAP untuk memerintah.

Begitu juga dalam PRN Sabah, bila kemenangan dicapai nanti, pengiraan atas calon DAP  yang menang atas tiket Warisan akan membolehkan mereka (DAP) mempunyai kuasa mutlak untuk menetapkan dasar pemerintahan dan melakukan apa sahaja ke atas bumi Sabah.



Dimasa ini rakyat Sabah akan  merasa natijahnya , DAP sememangnya sudah terkenal dengan amalan menjual asset Negara atau negeri yang hebat. Fikirkan secara matang, apakah rakyat Sabah mahukan ini berlaku?

Cuba lihat kembali berapa banyak asset Negara yang telah dilelong oleh DAP sewaktu menguasai Putrajaya? Apakah Rakyat Sabah mahukan ini berlaku kepada mereka? Rakyat sabah sudah pastinya bijak dalam menilai sesuatu yang terbaik untuk mereka.

Justeru itu jalan keluar yang terbaik untuk rakyat Sabah ialah membuat keputusan agar tidak mengadaikan Sabah kepada DAP sebelum terlambat. Jika sudah berlaku tiada apa yang mampu  rakyat Sabah lakukan lagi.

Oleh yang demikian, rakyat Sabah  seharusnya tidak mengundi lambang Warisan kerana ianya diragui dan tindakan ini adalah untuk menyelamatkan Sabah digengam oleh DAP dan sekali gus menghalang DAP melelongkan Sabah secara pukal.



Warisan Plus terdiri daripada Parti Warisan Sabah, PKR, DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

PRN Sabah akan menyaksikan sejumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk 13 kerusi baharu dipertandingkan dengan hari penamaan calon, Sabtu ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button