PRN SABAH- ORANG MEMBERI KITA AMBIL, UNDI TEMPASUK UNTUK BN

Rakyat Tempasuk semakin bijak, walau apa pun gerombolan kempen yang datang, sebagai meraikan tetamu, penduduk Tempasuk melayani mereka, Ini lah budi bahasa penduduk Tempasuk..

Dalam siri kempen PRN Sabah sudah pastinya ramai kumpulan kumpulan parti  datang untuk berkempen  untuk meraih sokongan kepada calon mereka. Perkara yang pasti, sudah tentu ada buah tangan yang dihulurkan.

Namun demikian sebagai tidak mengecilkan hati tetamu, konsep menerima  buah tangan sudah pasti dilakukan. Bukankah berbudi bahasa itu amalan penduduk Tempasuk. Orang Memberi kita ambil, UNDI HANYA UNTUK BN



Hakikatnya sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya penduduk Tempasuk sudah serik dengan pemerintahan kerajaan PH yang lalu, kerajaan Warisan yang mana telah berjanji bulan dan bintang untuk mereka. Namun segala janji janji manis yang diucapkan tidak pernah dikotakan.

Penduduk Tempasuk sudah serik ditipu, dibohongi dari Parti PKR, Warisan yang tidak pernah peduli tentang kesusahan penduduk Tempasuk. Mereka hanya datang sekali sahaja ketika berkempen dan akan hilang terus sehingga PRN akan datang.

Penduduk Tempasuk sudah mengambil keputusan bahawa mereka sudah tega untuk memilih Barisan Nasional dengan calon anak muda dari Tempasuk sendiri.  Bagi mereka ini amat memudahkan segala bentuk urusan dan mudah untuk berjumpa dimasa akan datang jika kemenangan berpihak kepada Arsad Bistari.

Pada kali ini Tempasuk untuk Barisan Nasional.



Begitu juga dengan golongan muda, rata rata mereka inginkan perubahan setelah dipinggirkan oleh Warisan, Anak muda terbiar tanpa sokongan dari kerajaan Warisan Sabah yang memerintah.

Anak muda Tempasuk sedar bahawa memilih Warisan adalah satu malapetaka bagi mereka. Gabungan Warisan bersama DAP,PKR dan Amanah mula ditolak kerana terlalu bahaya kepada rakyat Sabah setelah melihat kesemua parti ini gagal walaupun menang PRU14.

Anak muda bersatu, anak muda berpadu tenaga berkerjasama dalam menjayakan misi untuk menukar kerajaan negeri yang zalim terhadap mereka. Bagi mereka sudah sampai masanya mereka menunjukkan solidariti mereka.



Mereka secara terbuka menyatakan sokongan mereka untuk Barisan Nasional dimana sejarah silam pemerintahan BN menunjukkan bahawa BN adalah sebuah parti yang menjiwai rakyat. Selamat Memilih Rakyat Sabah. Inilah masanya untuk menumbangkan kerajaan Warisan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button