JUAL KONDOM TERPAKAI

Hanoi: Sebuah gudang haram di Vietnam dikesan mencuci dan mengitar semula kondom terpakai untuk dijual semula di pasaran.

Perbuatan menjijikkan itu dikesan selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah gudang haram di wilayah Binh Duong di selatan negara itu.

Portal Gulf News melaporkan pada serbuan yang dilakukan pada awal minggu lalu, polis menemui ratusan ribu kondom terpakai termasuk yang tidak berlabel.

Berdasarkan rakaman disiarkan Televisyen Vietnam (VTV), puluhan beg bersaiz besar berisi alat kontrasepsi (pencegah kehamilan) terpakai itu dilihat merata-rata di lantai gudang berkenaan.

Polis menganggarkan semua beg itu seberat 360 kilogram yang berisi 345,000 kondom.

Seorang wanita yang ditahan di premis itu memberitahu polis bahawa pekerja akan merebus kondom terpakai itu dengan air.

Ia kemudian dikeringkan dan diletakkan pada acuan kayu bagi memberikan ia bentuk yang kemas.

Kondom itu kemudian dijual semula di pasaran seolah-olah produk baharu.

VTV dalam laporannya mendakwa bahawa tidak dapat dipastikan berhubung bilangan kondom kitar semula yang sudah dijual.

Wanita terbabit juga mendakwa dia menerima AS$0.17 (RM 0.71) untuk setiap kilogram kondom kitar semula yang dihasilkan.

Pemilik gudang pula mendakwa bahawa mereka menerima kondom terpakai itu secara bulanan daripada orang yang tidak dikenali, lapor akhbar tempatan, Tuoi Tre.

Agensi.

Hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker