SESIAPA ADA KWSP HARAP BACA- PALING PENTING USAH PANIK

Kuala Lumpur: Terdapat beberapa petua mengelakkan setiap individu yang mempunyai simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan institusi kewangan lain daripada terpedaya dengan scammer menawarkan pelaburan tipu.

Pakar kewangan Islam dan fintech, Muhamad Fahmi Mustafa berkata, semua individu mesti ada konsep Know Yourself (KYS) dan di setiap institusi kewangan mengunakan kaedah KYC untuk mengesahkan identiti dan kesesuaian seseorang sebelum diterima sebagai pelanggan.

“Sebagai individu kita mesti ada konsep KYS. Kita mesti tahu kedudukan kewangan kita. Ini termasuk jumlah pinjaman, baki duit dalam bank, kad kredit, di mana anda pergi dan sebagainya. Ketahui informasi barangan milik anda, contohnya kereta dan rumah.



“Dengan keadaan anda yang selalu siap siaga, anda tidak akan mudah cemas jika berdepan scammer. Muat turun aplikasi scam filter di telefon anda. Aplikasi seperti Truecaller sangat penting as first line of defence atau pertahanan awal untuk mengelakkan anda memulakan komunikasi dengan scammer.

“Aplikasi ini akan alert atau siap siaga jika pemanggil adalah scammer. Memandangkan golongan yang menjadi scam adalah rata-ratanya pesara, individu sebagai anak pula sila bantu muat turun aplikasi ini di telefon ibu bapa anda. Anda bukan selalu ada bersama mereka,” katanya.

Selain itu, beliau yang juga Perunding Kanan, Perbankan dan Kewangan Islam di Silverlake Group iaitu penyedia teknologi kewangan global dan penyelesaian ekonomi digital yang berpusat di Kuala Lumpur menjelaskan perkara utama mengelakkan ditipu adalah jangan sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi.

Muhammad Fahmi berkata, jangan memberikan maklumat seperti nombor MyKad, kad kredit dan debit kad terutama nombor dibelakang kad (CVV) serta nombor kod pengesahan transaksi (TAC).



“Jika maklumat ini diminta, sila letak telefon dan laksanakan mod blok nombor itu. Apapun, selalu bertanya kepada yang tahu. Jika ada sesiapa menelefon anda dan mendakwa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan seumpamanya, ambil masa dengan menghentikan perbualan dan periksa kepada pihak yang tahu. Terangkan apa yang anda alami dan mungkin and boleh blok nombor itu kemudian.

“Pendaftaran perbankan internet juga kerap digunakan scammer sebagai alat perangkap mangsanya. Scammer selalunya berkomplot dengan orang dalam yang akan memberi maklumat kepada scammer. Maklumat ini kadangkala dijual kepada pihak tidak bertanggungjawab.

“Satu daripada cara scam yang paling mudah adalah menyerang mereka yang belum ada perbankan internet. Dengan ketiadaan perbankan internet itu, sangat mudah scammer untuk menyedut duit anda dengan memaksa anda mendaftar perbankan internet dan melakukan apa sahaja arahan dari scammer,” katanya.

Tetapi beliau berkata, kebiasaan golongan berusia kurang arif mengenai perbankan Internet, jadi sebagai penyelesaiannya individu sebagai anak daftar untuk ibu bapa mereka untuk mengelakkan penipuan menyasarkan golongan itu.



“Daftar perbankan internet ibu bapa mengunakan telefon anda iaitu selepas persetujuan adik-beradik supaya TAC dan apa saja transaksi akan dihantar kepada telefon anda. Paling kurang anda boleh menapis setiap transaksi sebelum ia berlaku,” katanya.

Petua lain dikongsi Muhamad Fahmi ialah supaya pemegang akaun perbankan internet tidak segera klik pautan yang dihantar mana-mana pihak.

Menurutnya, ada individu mungkin juga pernah menerima e-mel daripada pihak lain yang mendakwa dari bank dan menyuruh menukar kata laluan.

“Jangan klik! Jika anda ragu-ragu dan ingin juga menukar kata laluan, sila Google bank anda dan klik pautan dari Google. Selain itu, jika tidak pasti mengenai apa jua maklumat yang diberi, jangan sekali-kali mempercayainya,.



Scammer juga kerap menawarkan keuntungan yang terlampau tinggi. Percayalah jika pelaburan itu menjanjikan keuntungan yang tinggi, semestinya ia adalah scam. Selain itu elakkan terbabit dalam diskaun berantai yang selalu diforward (dihantar) di media sosial seperti di Whatsapp dan Facebook (FB).

“Untuk maklumat diyakini, selalu melakukan rujukan portal seperti ccid.rmp.gov.my/semakmule dan scam.my. Di sini anda boleh buat semakan sama ada pemilik akaun atau nombor telefon adalah tulen atau scammers,” katanya.

Beliau turut menasihatkan supaya mengelakkan pelaburan Bitcoin, aktiviti perniagaan tukar beli matawang (Forex) dalam talian dan seumpamanya.

“Jika anda seorang muslim, status Forex dalam talian adalah haram, jadi elakkan. Manakala mereka yang selalu promosikan Bitcoin atau matawang kripto di Malaysia, majoritinya adalah scammers.



“Sekiranya masih serius untuk melabur dalam matawang kripto, sila sediakan diri anda dengan ilmu yang berkaitan. Jika anda tidak boleh beza konsep Bitcoin, Cryptocurrency (mata wang kripto) dan Blockchain, baiklah anda elakkan untuk mencegah kerugian berputih mata,” katanya.

hmetro

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button