Covid-19: 89 kes baru, dua lagi kematian

Kes baru Covid-19 di negara ini turun kepada dua angka iaitu sebanyak 89 kes, dengan Sabah terus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 35 kes positif baru, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini diikuti oleh Kedah (13), Selangor (10), Johor (8) dan Kuala Lumpur (6).

Menurutnya, daripada jumlah kes baru itu, 86 adalah penularan tempatan membabitkan 84 warganegara dan 2 kes bukan warganegara, serta tiga kes import yang semua mereka adalah bukan warganegara.

Dia juga memaklumkan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 11,224 kes, sementara kes aktif kebolehjangkitan ialah 1,124 kes manakala terdapat 28 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 9,967 kes.



Kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 16 dengan tiga daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 136 kes atau 1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

 

 

 

 

‘Liew Vui Keong masih tidak sedarkan diri’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker