Israel lulus undang-undang hadkan tunjuk perasaan semasa sekatan pergerakan

BAITULMAQDIS, 30 Sept — Parlimen Israel pada Rabu meluluskan undang-undang yang membolehkan pemerintah mengehadkan tunjuk perasaan awam semasa sekatan pergerakan di seluruh negara, lapor agensi berita Xinhua.

Undang-undang kontroversi itu membolehkan kerajaan untuk mengumumkan darurat selama seminggu, yang mungkin mengurangkan penyertaan dalam tunjuk perasaan yang hanya boleh disertai sehingga pada jarak satu kilometer daripada tempat tinggal peserta.

Undang-undang baharu itu dilihat secara meluas sebagai langkah untuk menghentikan demonstrasi mingguan di luar kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis.



Ribuan penduduk Israel berkumpul di persimpangan utama di seluruh negara dan di luar kediaman rasmi perdana menteri setiap Sabtu. Mereka meminta Netanyahu berundur berikutan tuduhan rasuah terhadapnya dan cara beliau menangani pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi.

Netanyahu sedang menghadapi perbicaraan jenayah atas tiga tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam tiga kes berasingan.

— BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button