Turki nafi tembak jatuh pesawat perang Armenia
ANKARA, 30 Sept — Turki pada Selasa menafikan dakwaan Armenia bahawa jet pejuang F-16 Turki menembak jatuh pesawat perang SU-25 Armenia ketika berlangsungnya konflik antara Armenia dan Azerbaijan, lapor agensi berita Xinhua.
“Dakwaan mengatakan Turki menembak jatuh jet pejuang Armenia adalah tidak benar,” kata Fahrettin Altun, pengarah komunikasi pejabat Presiden.
Armenia dan Azerbaijan telah bertempur di wilayah pergunungan Nagorno-Karabakh sejak 1988. Rundingan damai telah diadakan sejak 1994 ketika persetujuan gencatan senjata dicapai, bagaimanapun sesekali masih ada pertempuran kecil di sepanjang sempadan.
Satu pertempuran bersenjata telah berlaku pada Ahad di sepanjang sempadan di wilayah Nagorno-Karabakh. Pertembungan yang berterusan dilaporkan telah mengorbankan banyak nyawa dan kehilangan harta benda.
— BERNAMA
WHO,Turki meterai perjanjian burka pejabat di Istanbul