Seremban jadi ‘lubuk’ sindiket lombong matawang digital

Seremban: Bandaraya Seremban seolah-olah menjadi lokasi popular sindiket perlombongan matawang digital bitcoin sejak awal tahun ini.

Ia terbukti apabila Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu sembilan premis yang dipercayai mencuri bekalan elektrik untuk menjalankan aktiviti perlombongan matawang digital di sekitar Mantin dan Nilai Impian di sini, tadi.

Tindakan semua premis itu menyebabkan TNB Negeri Sembilan kerugian beratus ribu ringgit setiap bulan.



Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hamizam Ahmad, berkata, perlombongan matawang bitcoin membabitkan penggunaan rangkaian komputer berkuasa tinggi dan beroperasi 24 jam tanpa henti.

Katanya, pihak berkuasa terpaksa memotong kunci bagi membuka pintu setiap premis.

“Terdapat empat premis yang menjalankan aktiviti itu di Mantin membabitkan lokasi di Taman Seraya, Batu 12 Jalan KL-Mantin, Bandar UTL dan Kawasan Perindustrian Ringan di sini.

“Manakala premis yang lain terletak di Taman Delfina dan Laman Dahlia Nilai Impian serta Taman Timur Enstek di sini.



“Siasatan mendapati sembilan premis itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dan mencuri elektrik. Walaupun ada meter di bahagian atas pintu premis namun ia hanya untuk kegunaan lampu bagi mengelirukan pihak berkuasa,” katanya.

Hamizam berkata, kompaun dikeluarkan terhadap premis itu mengikut Undang-Undang Kecil (UKK) Perlesenan Tred 1996.

Beliau berkata, kesemua peralatan di dalam premis berkenaan antaranya 510 unit mesin bitcoin, roter (4 unit), unit pemprosesan komputer (5 unit), modem (7 unit), monitor (5 unit) kabel (1 unit) dan rak besi (3 unit) dirampas.

Menurutnya, pihak MBS akan terus memantau dan melakukan operasi terhadap premis perlombongan matawang bitcoin yang dilihat semakin bertambah di daerah ini.



“Kegiatan perlombongan matawang bitcoin ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada TNB tetapi boleh mengundang kecelakaan seperti kebakaran berpunca litar pintas.

“Kawasan yang mempunyai kegiatan perlombongan matawang bitcoin juga boleh merosakkan sistem bekalan elektrik, sekali gus menjejaskan pengguna lain,” katanya.

 

SESIAPA ADA KWSP HARAP BACA- PALING PENTING USAH PANIK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button