Cik Non disiasat polis akibat hina rakyat Sabah

Nor Shahada Aisyah

Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan ke atas pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahada Aisyah atau Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun FB terbabit susulan kenyataan dimuat naiknya itu.

Beliau berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan,” katanya kepada Harian Metro hari ini.



Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka ‘bodoh’ dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker